Resipi Ayam Roasted Ala Domino. Sedap Menjilat Jari

Share

Tidak diakui, sajian Ayam Roasted di restoran pizza seperti Pizza Hut dan Dominos memang enak. Ayam yang empuk ditambah dengan sos perapan yang enak, hmmm…memang tak jemu dimakan. Namun, 7-8 ketul ayam tu hargaya boleh tahan. Kalau keluarga besar, memang tak cukup. Jadi bagi penggemar sajian Ayam Roasted ni, boleh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari Nadia Ahmad Zubir

. Sedap!

CARA MASAK AYAM ALA DOMINOS GUNA RESIPI BONDA

BAHAN-BAHAN:
1kg ayam
120gm sos tomatobeli online disini
120gm sos cili beli online disini
1 sudu makan serbuk cili beli online disini
2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
60gm mentega beli online disini
2 sudu makan lada hitam beli online disini
2 ulas bawang putih – ditumbuk

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan (kecuali ayam). Masak sampai mentega mencair.


2. Biarkan sos sejuk terlebih dahulu kemudian lumur pada ayam dan perap. (empunya resipi perap pagi, bakar malam)


3. Panaskan ketuhar dan bakar ayam pada suhu 170°C selama 30 minit. Sebelum dipanggang, letakkan sedikit minyak pada ayam ya. Boleh guna minyak zaitun atau sebagainya.


4. Lebihan bahan perapan boleh dituang pada ayam. Rasanya sangat sedap.
5. Ayam Roasted ala Dominos sedia untuk dinikmati. Sangat sedap!

Kredit resipi & foto: Nadia Ahmad Zubir

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur