Menu ayam tidak pernah menjemukan. Ayam goreng terutamanya menjadi kesukaan sesiapa jua. Namun bosan juga makan hidangan tanpa berkuah. Ayam boleh dipelbagaikan menunya. Campuran serai dan daun limau purut memberi aroma rasa lagi pada masakan. Jom kita masak ayam sambal bali ini.
Ayam Sambal Bali Bahan-bahan: 1 ekor ayam 1 biji bawang besar 1 inci halia 3 ulas bawang putih 2 batang serai 5 helai limau purut 3 sudu cili kisar 3 sudu kicap manis-BELI ONLINE DI SINI 3 sudu sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 3 sudu sos cili -BELI ONLINE DI SINI
3. Tumis serai sehingga naik bau..kemudian masukkan bawang merah,halia dan bawang putih. Saya tumis dengan minyak goreng ayam tadi.
4.Masukkan cili kisar. 5.Masukkan sos dan kicap. 6.Masukkan daun limau purut
7. Masukkan ayam ke dalam kuali. 8. Masukkan garam,gula,dan secukup rasa. Gaul sebati.
Mayones homemade ni sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, bolehlah pelbagaikan cara hidangan. Anda pun pasti seronok nak mencubanya.
MAYONES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur saiz sederhana
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
1 sudu kecil garam
1cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
Pulut memang sedap dimakan. Ada yang suka makan dengan kelapa dan ikan rebus, ada yang suka makan dengan kuah atau bubur, dijadikan pulut berinti, pulut serunding dan macam-macam lagi. Namun yang lecehnya, jika kena kukus. Agak rumit dan mengambil masa. Namun menerusi perkongsian saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan cara masak pulut hanya guna dapur gas dan juga periuk elektrik tanpa perlu rendam. Hasilnya lembut, sedap malah lebih mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA MASAK PULUT GUNA DAPUR GAS
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – ikut jumlah yang dikehendaki
Air
1 1/2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam – jangan banyak
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut hingga bersih.
2. Masukkan beras pulut ke dalam periuk dan masukkan air.
3. Sukat air ikut ruas jari yang pertama. Caranya letak jari diatas permukaan beras dan paras airnya mestilah hanya 1/2 dari ruas jari sahaja. ( jari atas permukaan beras & bukan dibenam ke dalam beras)
4. Letak sedikit garam dan minyak masak. Tujuannya supaya pulut lembut berkilat dan tidak berkerak.
5. Masak guna api sederhana. Elakkan guna api besar kerana pulut akan menjadi berkerak.
6. Tutup penutup seperti dalam gambar. Ia memudahkan anda melihat tekstur pulut.
7. Bila air dah kering, bolehlah kacau pulut tadi supaya sekata dan tidak melekat pada periuk.
8. Tutup periuk dan masak lagi guna api paling perlahan hingga pulut masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan pelbagai cara.
SUKATAN PULUT UNTUK MASAK GUNA RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras pulut – dibersihkan
3 cawan air
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
(Campurkan semua bahan dan masak seperti biasa)
Jika nak dijadikan Pulut Sambal, berikut adalah resipi Serunding Kelapa yang boleh dicuba. Memang sedap dimakan bersama pulut tanak tadi.
RESIPI SERUNDING KELAPA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 biji kelapa parut
3 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut citarasa
1 sudu teh garam(membukit)
1/4 cawan air asam jawa
Bahan perasa jika perlu
4@5 helai daun limau purut
1 cawan air
2 senduk minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering – boleh kurangkan jika tak suka pedas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu makan biji ketumbar
4 batang serai
4 sudu makan udang geragau kering
2 sudu makan jintan manis – tumbuk kasar ( jangan kisar bersama bahan lain)
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kering, bawnag besar, bawang putih, ketumbar, serai dan udang gerau kering. Kisar halus. Kemudian masukkan jintan manis yang ditumbuk kasar. Gaul sebati.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
3. Masukkan garam, gula dan daun limau purut. Tumis sampai naik minyak dan garing.
4. Seterusnya masukkan air,air asam jawa dan kelapa parut. Masak guna api perlahan hingga serunding betul-betul kering. Sesuaikan rasa.
5. Angkat dan bolehlah dimakan bersama pulut tadi.
Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, dua menu bercili ini memang kena cuba.
1. AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.
2. DAGING KASTURI BERCILI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
1 cawan air rebusan daging
1 cawan santan
3 batang serai muda | ketuk
3 helai daun limau purut | siat
4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
10 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.