Resipi Ayam Serai Bersantan. Mudah Nak Buat, Sedap Tak Terkata!

Share

Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.

AYAM SERAI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam 1.5kg dipotong kecil
  • 1 biji santan
  • 7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
  • 2 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
  • 3 inci halia*
  • 2 batang serai diketuk (pilihan)
  • 1 keping asam keping
  • Gula secukupnya
  • Garam

*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.

 

 

CARA-CARA:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
  4. Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
  5. Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
  6. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!

Kredit: Dapur Kecil Zaira

Published by
Mastura Abu Kassim