Ayam Singge Kelantan namanya pun dah cukup mengujakan. Lauk simple yang boleh buatkan makan nasi bertambah-tambah. Menggunakan bahan-bahan segar dan semulajadi, lauk ini juga sesuai untuk anda yang nak diet. Cukup rasa dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Resipi Ayam Singge Kelate
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Lengkuas -dihiris
Serai – diketuk
Rempah ketumbar
Lada kering – dihiris
Lada burung
Asam keping
Garam
Gula
Budu
Air
Cara memasak:
- Masukkan ayam dan bahan-bahan lain (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, rempah ketumbar, lada kering dan lada burung.
- Gaul rata
- Kemudian masukkan budu, garam gula sekali dan gaul sekali lagi.
- Masukkan air dan biarkan mendidih atau sehingga ayam masak.
- Siap untuk dihidangkan.
Nota: Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan
Kredit resipi & foto: Myra Edora
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tenggiri Bakar Serunding Kelapa Berkeju Ni Memang Enak. Wajib Cuba!
Cara Buat Apam Telur Yang Sangatlah Mudah, Tak Terkata Sedapnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
https://youtu.be/9qo7O8goISQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Masak Udang Butter Nestum Sedap Tanpa Guna Rencah Segera
Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
CARA MASAK UDANG BUTTER NESTUM SEDAP
.
BAHAN-BAHAN:
- 1/2kg udang- seeloknya guna udang bersaiz besar
- 3 sudu makan mentega
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 2 biji cili api – racik
- Tepung jagung – beli online DISINI
- 1 mangkuk kecil nestum – beli online DISINI
- Lada sulah – beli online DISINI
- 2-3 tangkai daun kari – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang ke dalam bekas. Taburkan garam, lada sulah dan tepung jagung. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing.
3. Goreng sekejap sahaja dengan menggunakan api besar. Kemudian angkat dan toskan.
4. Dalam kuali lain, panaskan mentega.
5. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
6. Kemudian masukkan nestum. Kacau rata.
7. Masukkan juga perencah Cukup Rasa.
8. Tambahkan juga sedikit gula dan kacau lagi biar rata.
9. Akhir sekali masukkan udang.
10. Gaul sehingga nestum menyelaputi udang.
11. Angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Nak cari BLENDER baru? Pilih je DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Popia Sayur Daging Burger Paling Sedap Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masakan Malaysia Tetap Di Hati Safura Tawil, Berkongsi Sajian Mengubat Rindu Tanah Air.
Aroma masakan Malaysia kerap menyelubungi dapur kediaman Safura Tawil walaupun hidup di perantauan . Anak watan Sabah ini kini bekerja di Dublin Ireland sejak tahun lepas dan sebelum ini dari 2016 hingga 2018 pernah menginap di Ottawa, Kanada bertugas sebagai Chef peribadi.
Dia pernah membanggakan Malaysia dengan kejayaannya menjuarai pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang. Ceritanya,”Dalam seminggu empat atau lima kali saya pasti memasak masakan kegemaran seperti bubur lambuk, masak kicap, masak merah, masak lemak dan sebagainya. Kebiasaanya kalau pergi ke rumah kawan saya akan bawa masakan Malaysia untuk dikongsi bersama seperti kuih muih atau lauk pauk.
‘Selalu juga bertukar dan berkongsi resipi sesama rakyat Malaysia di sini dan kenalan bukan Malaysia. Bila bersama masakan memang jadi topik perbualan kami.Saya memang selalu berkongsi aktiviti dan mengambil tahu keadaan tanah air walaupun berada jauh di perantauan. Sering juga saya kongsikan gambar atau resipi masakan yang saya buat di media sosial dengan rakan-rakan.”
“Saya juga tidak menyangka ramai yang berminat untuk meminta saya kongsikan resipi bila melihat gambar sajian. Saya berasa seronok dapat berkongsi dengan orang lain, moga ia bermanfaat buat mereka juga. Sehinggakan ada yang menggunakan resipi yang saya kongsikan untuk berniaga. Ia amat menggembirakan kerana saya dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya sekadar berkongsi resipi. Alhamdulillah.”
Masakan mengubat rindu
Bagi Safura masakan boleh menjadi platform menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebab tiada batasan bangsa bila menyentuh bab selera. Kita tidak terikat untuk memasak masakan bangsa kita sahaja. Katanya lagi,” Saya selalu juga masak nasi daun pisang sajian orang India, masakan Cina wantan mi.Saya rasa ia sesuatu yang unik buat rakyat Malaysia yang mana kita boleh merasa dan memasak makanan kaum lain sebagai makanan harian.”
Menurutnya bahan ramuan memang mudah dan boleh didapati di Asian Market yang memang banyak di Dublin, Ireland ini. Walau bagaimana pun ada juga barang yang memang tak ada seperti daun kunyit, bunga kantan dan kerisik yang biasa akan saya bawa stok dari Malaysia. Kebanyakan barang-baan dari Thailand dan Indonesia, kadang kala rasanya agar berbeda dari jenama Malaysia. Dia kena pandai memilih barang tersebut yang kena pada citarasa.
.
“Bila dapat memasak masakan Malaysia di luar negara dan dapat memasak dan menjamu orang bukan Malaysia di sini, ia satu perasaan yang bangga kerana dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang lain. Kadangkala mereka termasuk orang Ireland meminta resipi untuk dicuba sendiri.
Ada pulak yang mengambil dari fb dan ig saya. Dapat menikmati makanan Malaysia di luar negara adalah satu perasaan yang sangat menggembirakan dan terasa seperti berada di negara sendiri dan sudah tentulah dapat mengubat rindu pada tanah, “akhirinya melalui emel yang dikirimkan.
Jom kita semak dua resipi masakan Malaysia kegemaran Safura Tawil :
IKAN PATIN TEMPOYAK ALA PAHANG
BAHAN-BAHAN :
1ekor ikan patin (saiz sederhana)
1 cawan tempoyak
10 biji lada ( atau ikut citarasa)
1 inci kunyit hidup (Kisar kunyit dAn lada)
2 keping asam gelugor
1 biji timun kuning (di potong kecil)
2 kuntum bunga kantan (di belah empat
5 tangkai Daum kesum
Garam ecukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan tempoyak dan kacau sehingga sebati.
2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air biarkan sehingga ia mendidih.
3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan.
4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam gelugor/keping, bunga kantan serta timun kuning. Biarkan kuah merenih pada api sederhana selama 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tutup api apabila ia sudah masak dan sedia dihidangkan bersama nasi.
SAYAP (KEPAK) AYAM ALA SABAH
.
BAHAN-BAHAN :
2 kg sayap ayam
½ cawan madu
½ cawan cuka
½ kicap
1 cawan gula
Sedikit pewarna oren
Garam secukupnya
Bahan kisar:
2 labu bawang putih
4 batang serai
1 inci kunyit hidup.
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kepak ayam dengan bahan kisar.
2. Tambahkan pewarna oren untuk lebih menarik. Kemudian campurkan madu, cuka, kicap, gula dan garam. Perap semalaman.
3. Bakar sehingga masak. Biarkan ia masak berjus. Usah terlebih bakar.
Kredit foto & resipi : FB : Safura Tawil
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMASAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India, Sedap Dengan Rempah Ratusnya.
Kek Karot Simple Mewah Dengan Parutan Karot
Selain kek mentega , kek oren dan kek marble, kek yang menjadi kesukaan ramai ialah kek karot. Parutan karot pada kek memberi rasa yang enak dan tidak muak makan. Buatnya pun tak susah.
Kek Karot
Bahan-bahan-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 batang karot (diparut jadikan 1 cawan)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak punn takpe)-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan minyak
Sedikit kismis atau walnut
Toping-
250gm cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak –
1.Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang
2.Masukkan esen vanila dan karot
3.Masukkan minyak
4.Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
5.Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut
6.Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan
7.Panaskan oven suhu 175 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
8.Dah siap sejukkan kek baru letak toping dan taburkan lebihan karot, walnut tadi ataupon gula-gula manik jika suka.
9.Untuk toping – mixed cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolehlah sapu atas kek
Selamat mencuba
Kredit: Hidayati Hana
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Resipi Kek Lapis Masam Manis Kukus Warisan Arwah Ibu Mertua. Sedap & Mudah