Sedapnya Ayam Sweet Sour Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.

CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah
BAHAN AYAM:
Isi ayam
Kicap cair beli online disini
Lada sulah beli online disini
Tepung jagung beli online disini
Telur
(sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS:
Nanas – dipotong kecil
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Lada benggala hijau dan merah – potong kecil
Sos tomato – beli online disini
Gula secukup rasa
Bawang putih – dicincang
2-3 hiris halia
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah.
2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati.
3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur.
4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah6. Masukkan hirisan halia jika suka.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah9. Masukkan juga sedikit air.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah12. Ayam Sweet Sour Chinese Style sedia untuk dinikmati.

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Kredit resipi & foto: Helna Nadira

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI