Siapa yang tak tergoda dengan aroma ayam tandoori yang tergantung dalam pencucuk di restoran India Muslim, Mamak dan Pakistan. Ia sebenarnya adalah sajian tradisi masakan Punjab, India dan sedap dimakan dengan roti naan.
Ayam panggang yang kaya dengan rempah ratus istimewanya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.
AYAM TANDOORI MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (dibuang kaki dan kepala)
1 sudu makan garam masala *
1 sudu makan briyani masala *
1 sudu makan bawang putih – ditumbuk halus*
1 sudu makan halia – ditumbuk halus*
1 sudu makan serbuk cili *
1 sudu makan serbuk kunyit *
1 sudu makan serbuk lada hitam*
2 sudu makan plain yougurt*
2 sudu makan perahan lemon
1 sudu makan pewarna tandoori (merah)*
1 sudu makan minyak zaitun *
Garam secukup rasa*
1 sudu makan gula*
CARA MEMASAK:
1. Semua tanda (*) dicampur dalam satu mangkuk besar dan kacau sebati.
2. Masukkan ayam dan gaulkan campuran rempah atas, dalam, depan, belakang dan bawah kulit ayam dengan rata. Kelar ayam dengan pisau pada semua tempat supaya rempah dapat masuk dalam isi dan boleh diperap selama 48 jam atau paling cepat 6 jam letak dalam peti sejuk belah bawah.
Ads
4. Selepas itu bakar dalam oven, letak ayam bersama perapan rempah dalam tray alas aluminium foil. Kaki ayam di ikat gunakan daun pandan
5. Bakar sampai masak lebih kurang 40 minit ke 1 jam ye (ikut oven masing masing). Boleh dihidangkan panas-panas.
Ads
INFO: Jika ayam nampak kering waktu sedang masak dan ketika hampir masak rajin-rajin bukan oven. Renjiskan kuah/sos yang berada di bawah ayam itu ke atas dan seluruh ayam. Supaya ayam masih juicy selpas masak.
Menu kampung mudah dan cepat dimasak, ni lah resipi legend kesukaan ramai terung bulat goreng berlada. Campur pulak ikan bilis memang mantaplah, goreng dulu lagi best.
Resipi perkongsian Nurul Hawa Nadila Sari ni memang berbaloi untuk dicuba. Dah ada sajian ni, lauk lain takde pun takpe. Dah cukup sedap ni…
TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air utk hilangkan getahnya
1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap
4 biji cili akar
2 biji cili hidup
* ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
Serbuk pati ikan bilis @ perasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi… 2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata
3. Masukkan terung 4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis…(terung separuh msk pn boleh) Dapomamakemba
Seiring dengan perkembangan zaman, dunia masakan juga semakin berkembang dengan pelbagai resipi baru tercipta. Bahkan, resipi-resipi tradisi juga turut diolah dan diberikan sentuhan moden.
KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
BUBUR NANGKA SAGU
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu | rendam ½ jam
1 cawan santan
1 cawan Air
1 cawan nangka | disiat
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk.
Masukkan sagu dan masak hingga kembang.
Masukkan gula, hirisan nangka dan santan.
Kaca rata sehingga sedikit mendidih. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga gantikan santan dengan susu cair.
BREAD & PUDDING WITH BERRIES
BAHAN-BAHAN:
12 keping roti putih
125ml mentega
2 cawan frozen berries
BAHAN UNTUK KASTARD:
2 cawan susu
1 sudu teh ekstrak vanila
3 biji telur
100gm gula
Gula ising secukupnya untuk ‘dusting’
Buah beri merah dan strawberi segar secukupnya
CARA MEMASAK:
Potong roti bentuk tiga segi. Sapu mentega.
Oles bekas ramekin dengan mentega dan susun roti di dalam bekas ramekin.
Campur semua bahan kastard dan tuang di dalam bekas tadi. Tabur buah beri merah dan strawberi. Sejukkan sebentar di dalam 10-15 minit di dalam peti sejuk sebelum bakar pada suhu 165C selama 30-40 minit.
Setelah sejuk, tabur sedikit gula ising di atasnya. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
KUIH TALAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, purple
CARA MEMASAK:
Satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula.
Masukkan air dan santan pekat. kacau sebati. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapis
Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan masukkan pewarna.
Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang dan alas plastik (plastik mesti besar sikit dari loyang)
Masukkan 1 bahagian warna (warna bawah sekali – ungu) dan kukus selama 10 minit atau sehingga adunan keras sikit. Ulangi langkah ini sehingga semua 6 warna habis.
Kukus selama 20 minit untuk adunan terakhir.
Sejukkan dahulu baru potong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat. Sedia dinikmati.
Info chef: Guna loyang empat segi 7 x 7 x 3 inci.
PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
KUIH SAGU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan biji sagu | rendam selama 1 jam
2 ½ cawan air
½ cawan gula kastor
1 1/2 cawan santan
1 helai daun pandan | simpul
Secubit garam
Mangga potong dadu secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh dan tos sagu yang telah direndam. Campurkan dengan air dan gula. Masak atas api hingga kembang.
Di dalam periuk lain, masak santan dan masukkan secubitr garam. Masukkan juga daun pandan simpul tadi. Masak hingga mendidih.
Setelah semua sejuk, senduk sagu ke dalam mangkuk dan tuang kuah santan. Tabur mangga yang dipotong dadu.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya.
Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya.
Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Memang sedap sungguh makan daging air asam. Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!