Resipi Ayam Tandoori Masala Sesedap Sajian Di Kedai Mamak.

Share

Siapa yang tak tergoda dengan aroma ayam tandoori yang tergantung dalam pencucuk di restoran India Muslim, Mamak dan Pakistan. Ia sebenarnya adalah sajian tradisi masakan Punjab, India dan sedap dimakan dengan roti naan.

Ayam panggang yang kaya dengan rempah ratus istimewanya menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

AYAM TANDOORI MASALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (dibuang kaki dan kepala)
  • 1 sudu makan garam masala *
  • 1 sudu makan briyani masala *
  • 1 sudu makan bawang putih – ditumbuk halus*
  • 1 sudu makan halia – ditumbuk halus*
  • 1 sudu makan serbuk cili *
  • 1 sudu makan serbuk kunyit *
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam*
  • 2 sudu makan plain yougurt*
  • 2 sudu makan perahan lemon
  • 1 sudu makan pewarna tandoori (merah)*
  • 1 sudu makan minyak zaitun *
  • Garam secukup rasa*
  • 1 sudu makan gula*

CARA MEMASAK:

1. Semua tanda (*) dicampur dalam satu mangkuk besar dan kacau sebati.

2. Masukkan ayam dan gaulkan campuran rempah atas, dalam, depan, belakang dan bawah kulit ayam dengan rata. Kelar ayam dengan pisau pada semua tempat supaya rempah dapat masuk dalam isi dan boleh diperap selama 48 jam atau paling cepat 6 jam letak dalam peti sejuk belah bawah.

4. Selepas itu bakar dalam oven, letak ayam bersama perapan rempah dalam tray alas aluminium foil. Kaki ayam di ikat gunakan daun pandan

5. Bakar sampai masak lebih kurang 40 minit ke 1 jam ye (ikut oven masing masing). Boleh dihidangkan panas-panas.

 

INFO: Jika ayam nampak kering waktu sedang masak dan ketika hampir masak rajin-rajin bukan oven. Renjiskan kuah/sos yang berada di bawah ayam itu ke atas dan seluruh ayam. Supaya ayam masih juicy selpas masak.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rèyñùģhà Ànbàrâsü

 

INGIN MENCARI PEMANGGANG ELEKTRIK @ ELECTRIC GRILL UNTUK MEMANGGANG AYAM, JOM LAYARI DI SINI.

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI DI LINK INI:

http://www.rasa.my/masakan-india-ayam-varuval-family-style/

http://www.rasa.my/step-step-ayam-masak-kandar-sedap-teruk-nak-habak-kat-hang/

http://www.rasa.my/kisar-semua-bahan-perap-untuk-seekor-ayam-panggang-black-pepper/

 

Published by
Faridah Talib