Resipi ayam Varuval, Aromanya Pun Dah Buat Terliur

Share

Resipi ayam varuval ini. Aromanya pun dah buat periuk berkeroncong. Belum makan lagi.

Masakan kaum India ini antara masakan yang digemari ramai tanpa mengira bangsa. Apa kata hari ni layan selera masakan India pula. Boleh cuba masak untuk berbuka atau sahur nanti. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supra ini ye.

Resipi Ayam Varuval

Bahan-bahan:

700 gram ayam (potong dan bersihkan)

20 biji bawang merah kecil – boleh beli online di sini

1-2 sudu makan serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Daun kari – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan kisar:
1sudu besar jintan manis – boleh beli online di sini

Sedikit bawang putih – boleh beli online di sini

1sudu besar jintan putih – boleh beli online di sini

Halia – boleh beli online di sini
Daun ketumbar
**kisar semua dgn sedikit air**

 

Bahan Perapan:

3 sudu besar pes bawang putih

Sedikit halia – boleh beli online di sini
1 sudu kecil serbuk kunyit 
2-3 sudu besar sos cili – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Dalam satu mangkuk besar, gaul ayam dengan bahan perapan. Gaul sebati. Ketepikan.

Panaskan minyak kelapa. Masukkan ayam yang digaul tadi. Api kecil – sederhana.

Gaul sekata. Biarkan ia masak seketika. Kacau sekali sekala.

Biarkan ia masak selepas 10-15 minit. Matikan api dan biarkan dulu.

Setelah itu, masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak. 

Masukkan ayam tadi. Kacau sebati dan masak untuk 10 – 15 minit lagi. Kacau jgn bagi hangit. Kalau terlalu banyak minyak, boleh buang.

Tambah daun kari, Nak lagi sedap letak lebih. Tambah pula serbuk lada hitam. Kacau sebati masak lagi tiga hingga 5 minit. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa