Lauk babat tumis kari ini memang jarang dihidang meskipun enak. Mungkin tak ramai yang tahu cara memasaknya.
Kebiasaannya babat atau perut lembu ini dibuat gulai lemak, cicah air asam, jadi perencah dalam sambal jawa atau masukkan dalam sup.
Bagi yang nak mencuba resipi babat tumis kari ini boleh ikut panduan dari Mizah Ngatiman yang mempelajari resipi ini dari ibunya. Katanya walau pun cara membersihkan babat ini agak renyah tapi bila siap dimasak memang akan berebut makan.
Ads
Resipi babat tumis kari
Bahan-bahan
Perut lembu/ babat – direbus empuk dan dihiris kecil
Asam keping
2sb serbuk kari ikan
Gula dan garam secukupnya
Bahan dimayang halus
1 batang serai -diketuk
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
5-6 tangkai cili
2-3 tangkai lada besar
2 inci halia
Cara membuat
1. Tumis serai, kemudian masukkan semua bahan dimayang. Tumis naik bau dan sedikit layu.
2. Masukkan babat yang dah dihiris kecil.
3. Masukkan serbuk kari. Kacau rata sekejap.
Ads
4. Masukkan air paras babat (untuk dapatkan sedikit kuah) dan biar hingga empuk.
5. Letak garam, gula secukupnya Bersama asam keping sekali. Biarkan kuah sedikit pekat.
Ads
6. Akhir sekali letak lagi hirisan bawang dan lada untuk aroma tambahan. Gaul sekejap, siap. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Zulin Aziz; selebriti cantik, berbakat besar & terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’ ini memang tak asing lagi. Selain menyerlah dalam bidang seni, beliau juga merupakan antara selebriti tanah air yang pandai dan suka memasak. Sibuk dengan tugasan harian namun Zulin masih mempunyai masa untuk memasak dan berkongsi resipi bersama para peminatnya. Semuanya sedap-sedap dan buat rasa terliur.
Malah, beliau telah mewujudkan satu akaun Instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi aneka resipi dan video masak bersama para ‘followers’. Sehingga artikel ini ditulis, akaun IG ini telah mempunyai 114 ribu pengikut. Wow!
Jadi bagi anda yang ada ig tu, bolehlah ‘follow’. Ada macam-macam resipi yang boleh dicuba. Mana tau boleh dapat idea nak masak apa setiap hari kan. Jom lihat resipi-resipi yang Zulin share. Selamat mencuba!
Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang. Ada yang berempah, masam-masam pedas, dan ada yang tidak terlalu beraroma. Apapun terpulang pada cita rasa anda semua, kepada yang ingin mencuba Sup Tulang Ala Thai, di sini Rasa sharekan resipinya.
SUP TULANG ALA THAI BAHAN-BAHAN: 1kilo tulang lembu 2 biji bawang besar | kisar 4 ulas bawang putih | kisar 4cm halia | kisar 2 biji buah keras | kisar 2 biji bawang besar | hiris 2 sup bunjut tulang 2 sudu makan rempah sup 1sudu makan serbuk lada hitam 2 sudu makan cuka makan 2 biji tomato saiz besar | hiris Cili padi secukupnya | ketuk Garam secukupnya BAHAN HIASAN: Daun sup dan bawang | hiris Bawang goreng Limau kasturi | belah dua
CARA MEMBUAT:
Menggunakan sedikit minyak, tumis bahan kisar.
Setelah wangi masukkan, sup bunjut, rempah sup dan sedikit air. Kacau rata.
Masaukkan tulang, cuka, lada hitam, garam dan air secukupnya.
Renehkan tulang hingga lembut dan isi tanggal dari tulang (ambil masa 1-2 jam merebus jika reneh atas dapur biasa.
Jika ingin cepat boleh gunakan pressure cooker (lebih kurang 30-45 minit).
Setelah empuk, masukkan tomato, cili padi yang telah diketuk, serbuk lada hitam, garam dan perasa secukup rasa.
Masukkan dalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
Selain enak, aroma turut memainkan peranan menjadi pelengkap rasa setiap masakan tradisi. Dari rendang, kari, gulai, tumisan hingga gorengan rempah ratus tetap diperlukan biarpun hanya secubit bagi melengkapi rasa dan keenakan masakan yang dimasak. Untuk anda semua cuba, berikut RASA kongsikan 3 menu lauk menggunakan rempah ratus.
AYAM KICAP BEREMPAH BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana & bersihkan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan pes cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia
1 sudu teh lada hitam
BAHAN HIRISAN:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
BAHAN PENUMIS:
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
1 helai daun pandan | siat dan simpul
1 batang serai | ketuk
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga kekuningan.
Seterunya masukkan penumis, kacau hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, pes cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan serbuk kari.
Kemudian masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air.
Masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau rata hingga ayam kecut.
Bila ayam kecut masukkan kicap pekat, kicap pekat dan sedikit air.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, cukup rasa dan timbul minyak, tutup api.
Ayam Kicap Berempah sedia dihidangkan.
KERUTUK TELUR BAHAN-BAHAN:
8 biji telur | rebus dan buang kulit
1 cawan santan pekat
3 sudu makan rempah kerutuk
2 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | hiris
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan gula melaka | hirisnipis
1 sudu makan serbuk stok ayam
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
4 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan rempah penumis, kacau seketika hingga wangi.
Seterusnya masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
Setelah tumisan pecah minyak masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan garing masukkan air asam jawa dan santan.
Kacau rata dan tambahkan perasa ayam, garam dan gula melaka secukupnya.
Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan telur.
Terus kacau hingga kuah timbul atas api sederhana.
Setelah cukup rasa tutup api dan kerutuk sedia dihidangkan.
SERUNDING IKAN TONGKOL BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol | bersihkan, potong dua dan rebus
1 cawan santan pekat
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
BAHAN REMPAH RATUS DISANGAI & KISAR KASAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK: 1. Asingkan isi ikan tongkol dari tulang, kemudian carik-carikkannya, 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing. 3. Tambahkan di dalamnya bahan rempah ratus yang dikisar tadi, kacau rata. 4. Masukkan santan, asam gelugor dan ikan yang dicarik-cair atau dikisar tadi. 5. Terus kacau hingga garing menggunakan api sederhana atau kecil. 6, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah garing tutup api, serunding ikan sedia dihidangkan.