Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air gula merah dan daun pandan dalam kuali Apabila mendidih masukkan kelapa parut, gula dan garam. Kacau hingga agak kering masukkan tepung gandum.
Bila dah sebati, tutup api. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, bolehlah bulat-bulatkan).
Untuk buat doh hijau; satukan tepung dan pati pandan Gaul hingga jadi doh yang tidak melekat d itangan. Kemudian bulat-bulatkan doh. Kemudian masukan inti kelapa. Bulat-bulatkan lagi.
Ads
Setelah itu, bila air mendidih, masukkan bebola doh hijau ke dalam air yang mendidih. Apabila dah timbul, angkat dan toskan. Ketepikan.
Untuk membuat kuah putih; satukan semua bahan, kacau hingga larut dan tapiskan ke dalam periuk. Guna api sederhana perlahan. ]
Masak dan kacau adunan guna whisk/senduk hingga mendidih dan agak pekat. Terus tutup api dan segera sendukkan ke dalam bekas plastik.
Setiap bekas (kod bekas sQ250)masukkan 1 1/2 senduk kuah putih dan terus letak bebola hijau yang dah siap ditoskan tadi.
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5-10 minit. 2. Ambil loyang Kuih Bengkang dan sapu minyak masak di permukaannya. Panaskan sekejap di dalam ketuhar tadi. 3. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja. 4. Bila semua bahan sudah sebati dan gula pun sudah larut, masukkan ke dalam kuali @ periuk. 5. Masak di atas api sehingga kental. Pastikan guna api sederhana sahaja. 6. Bila adunan sudah kental, alihkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. 7. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam @ lebih pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Jika mahukan kuih yang ada efek hangit di permukaannya, bila sampai 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja. 9. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.
Ingatkan susah buat putu mayam rupanya mudah saja. Memang boleh sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Kali pertama buat pun boleh menjadi.
Ini yang dikongsi Nor Fatihah Nawi, katanya demi memenuhi keinginan anak beliau cuba membuatnya sendiri walau tak pernah belajar menyediakan hidangan ini. Tapi menariknya ia tetap menjadi. Berikut adalah bahan dan cara membuat putu mayam pandan yang dikongsi.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah/gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
Cara membuat:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan muruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
Melalui facebook, seorang ahli facebook group Rasa Share Resipi telah berkongsi resipi membuat cekodok pisang yang sedap. Sukatan yang diberikan boleh dikatakan tepat untuk kita ikut dan buat cekodok pisang.
Iedaa Jahaya berkongsi resipi dan gambar cekodok pisang yang dibuat kelihatan amat menyelerakan. Nampak sedap betul. Seimbang antara kuantiti pisang dan tepung yang digunakan. Jom kita cuba buat.
CEKODOK PISANG EMAS
BAHAN-BAHAN
10 bji pisang emas
5 sudu besar gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
Secubit garam
Air suam secukupnya (anggaran 3 cawan)
CARA MEMBUAT
1. Kisar atau lenyek pisang bersama gula sehingga halus.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul adunan. Adunan perlulah boleh dijemput. Tidak cair. Cuba ambil sejemput menggunakan tangan. Jika boleh dijemput, kiranya adunan tepat.
Beginilah tekstur adunan antara tepung gandum dengan pisang.
4. Panaskan minyak masak.
5. Apabila minyak telah betul-betul panas, barulah ambil sejemput demi sejemput untuk digoreng.
6. Apabila telah keperang-perangan, bolehlah angkat.