Resipi Bahulu Berlauk Inti Kurma Daging Lain Dari Yang Lain

Share

Lain dari yang lain resipi bahulu berlauk inti kurma daging ni. Selama ni admin makan bahulu yang manis je tak pernah lagi inti daging kurma. Bahulu berlauk juga dikenali sebagai akok berlauk ni masak guna ketuhar sahaja dah menjadi. Kalau dah berinti semestinya inti perlu dimasak dahulu. Resipi asal bahulu berlauk telah dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook. Korang wajib cuba resipi bahulu berlauk ni, mana tahu boleh buat pendapatan sampingan. Jom kita cuba resipi ni.

BAHULU BERLAUK

 

BAHAN-BAHAN INTI:

1. Daging 250gm (daging cincang)

2. Bahan kisar

– Bawang merah 6 biji

– Bawang putih 2 biji

– Halia 1/2 inci

3. Bawang holland 1 biji ( dipotong dadu)

– Rempah kurma 3 sudu besar

– Garam, gula dan perasa

CARA PENYEDIAAN INTI:

Panaskan minyak.

Masukkan bahan kisar.

Tumis sehingga wangi.

Masukkan rempah kurma.

Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan sedikit air.

Masukkan bawang holland dan tumis lagi.

Masukkan daging cincang dan kacau.

Masukkan garam gula dan perasa. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN TEPUNG:

1. Telur gred B 7 biji

2. Tepung gandum 100g

3. Gula 5 sudu besar

4. Esen vanilla 1 sudu kecil

5. Garam secubit

6. Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN TEPUNG:

Masukkan telur dalam bekas pukul telur menggunakan stand mixer sampai kembang

Kemudian masukkan gula dan esen vanilla serta garam, pukul lagi bagi sebati dan kembang

Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sampai betul-betul kembang.

Ketepikan.

CARA PEMBUATAN BAHULU BERLAUK:

Panaskan oven.

Ambil bekas atau acuan akok (saya gunakan bekas cup cake).

Kemudian masukkan tepung separuh acuan.

Masukkan inti, tutup semula dengan tepung, bakar semula dengan suhu 180c selama 15 ke 20 minit gunakan api atas dan bawah bergantung kepada oven.

Bila dah masak keluarkan bagi akok rehat dalam 5 ke 8 minit barulah dikeluarkan. Siap.

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Muliadi Ramli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nadzirah Rashid