Hati teringin nak makan bahulu. Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker 😁 senang tak payah nak keluar sabut bakar . Mudah caranya hanya menggunakan blender saja.
Bahulu
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
3 biji telur
Cara memasak:
1.Kisar telur dan gula sampai gebu sikit.
2.Baru masukkan tepung..
3.Panaskan sandwich maker,sapu minyak
4.Kemudian masukkan adunan tadi.
Resipi boleh dapat lebih kurang 12 keping
Selamat mencuba
Kredit : Azirah Muktar