Resipi Bahulu perkongsian saudari Azirah Muktar ni memang viral dan telah dikongsi lebih 78 ribu kali di grup masakan di laman sosial facebook. Mana tidaknya, resipi yang dikongsi ini sangat mudah dan tidak memerlukan cara memasak yang susah. Hanya menggunakan mesin sandwich maker, nah…sajian minum petang terbaik ini anda boleh hidangkan buat keluarga tercinta. Tak perlu acuan tembaga, tak perlu sabut kelapa. Malah adun pun guna blender je. Memang cukup mudah dan menjimatkan masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penghasilannya.
CARA MEMASAK: 1. Kisar telur bersama gula hingga kembang dan sedikit gebu. 2. Masukkan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan menjadi sebati. 3. Panaskan acuan sandwich maker, sapu minyak di permukaannya. 4. Tuang adunan bahulu tadi dengan secukupnya.
Ads
5. Tutup acuan sandwich maker dan biar hingga bahulu masak sepenuhnya.
6. Ulang langkah sama hingga semua adunan habis digunakan.
7. Angkat kuih Bahulu dan sedia untuk dinikmati. Makan panas-panas memang sedap!
Baru-baru ini video KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak nasi goreng mendapat perhatian dan pujian rakyat. Baginda berkongsi resepi 2 jenis nasi goreng iaitu nasi goreng sosej dan nasi goreng mentega.
Sebelum ini Paduka Kekanda, Seri Paduka Baginda Tuanku, DYMM Sultan Johor berkenan memasak nasi goreng dan kini Seri Paduka Baginda Tuanku memasak nasi goreng yang serupa. Nampak sungguh menyelerakan!
Video yang disiarkan di FB House of Pahang itu mendapat 39k likes, 1.5 k komen dan 10k perkongsian . Laman ini memaparkan perkembangan dan aktiviti terkini Keluarga Diraja Pahang
Walaupun mempunyai pembantu Seri Paduka Badinda Raja Permaisuri Agong nampak selamba dan tak kekok di dapur, aksinya mendapat pujian dan perhatian rakyat. Ramai yang mengagumi kesederhanaan penampilannya dan sisi keibuan baginda memasak untuk keluarga yang wajar dijadikan contoh.
Malah baginda memang sering kelihatan berkenan mencemar duli memasak bersama rakyat dalam acara awam.
Ini antara komen yang diberikan netizen dari pelbagai bangsa terhadap baginda:
Jeya Singam Such humble royalty, the beauty of being royal yet not missing her role as a wife, mother and etc. Hope everyone learns from her, doing things for your own loved ones beats anything else outside. Cooking with love, keeps the family together. God bless….
Wai Meng Lai The Best Queen in Malaysia. GOD will always bless Her MAJESTY for being so HUMBLE. I sincerely wish to meet HER MAJESTY one fine day. Pray and look forward for the day.
Zalina Salleh Terbaik Tuanku! Rasanya baginda Sultan Johor dan Tuanku Permaisuri dibesarkan dalam suasana yang sederhana sejak kecil. Sebab tu tak kekok langsung ke dapur
Mohd Salleh Mohd Isa Allhamdullillah terbaik Tuanku permaisuri betapa sayangnya seluruh rakyat jelata kerana Tuanku permaisuri menunjukkan contoh paling terbaik.
Kredit video : FB House of Pahang Sumber foto :instagram airtangan_tunkuazizah
Ramai yang dah tengok video Tunku Azizah, jadi jom lah kita mencuba dua sajian nasi goreng dengan resepi yang disediakan blogger terkenal Azie Kitchen, hasil inspirasi dari masakan Raja Permaisuri Agong kita.
Menurut Azie, “Bak kata Sultan Johor semasa memasak nasi goreng, jangan kedekut dengan telur. Masuk banyak banyak supaya lagi sedap. Biar telur nampak kasar kasar atas nasi.”
1. NASI GORENG MENTEGA YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN :
1 mangkuk nasi putih
3 ulas bawang putih – cincang
4 biji telur
2-3 sudu besar mentega
Garam
Serbuk lada sulah
Daging bakar | dihiris nipis, tambah jika suka
CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga keperangan.
2. Masukkan telur. Setelah hampir separuh masak, baru telur dikacau.
3. Masukkan nasi putih dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4.Akhir sekali, masukkan daging bakar yang telah dihiris nipis. Kacau sebati.
5.Selepas tutup api, masukkan 1 sudu mentega dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. Nota: jika tak suka pun, OK tapi rasa mentega atas nasi memang sedap dengan rasa lemak lemak.
2. NASI GORENG SOSEJ
.
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
8 batang sosej
4-5 ulas bawang putih – cincang
4-5 biji telur
1-2 tangkai cili merah – hiris
Daun sup
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Panaskan minyak dan goreng sosej sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan pula bawang putih yang dicincang dan tumis sehingga keperangan.
3. Masukkan telur. Biarkan telur separuh mengeras, sebelum dikacau rata. Masukkan nasi putih.
4. Masukkan sosej, cili merah, daun sup, garam dan kacau rata.
5, Akhir sekali, masukkan kicap manis secukupnya. Saya tidak masukkan banyak kerana saya tidak suka nasi goreng yang berwarna terlalu gelap. Siap.
Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan gula merah
2 sudu makan gula putih ( gula biasa)
1 paket mauripan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan.
2. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.
3. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi ( jangan kacau adunan yang diperam tu).
5. Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.
Masakan paling mudah dan sedap untuk anak-anak. Menu yang sesuai bersifat savori tapi manis, ayam masak sos tiram style cina.
Perasan tak, kalau masakan cina ayamnya dimasak lembut dan berjus. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram.
Haa, kali ni kita kongsikan resipi daripada Zurina Zulkefli cara macam mana nak buat ayam lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Senang je.
AYAM MASAK SOS TIRAM STYLE CINA
BAHAN-BAHAN:
Ayam (sediakan dalam potongan sup) Secubit serbuk kunyit Sedikit garam 2-3 titis cuka makan 1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini Daun bawang | dihiris 1 biji bawang merah | dihiris ¼ biji lobak merah | dihiris halus memanjang – beli online di sini 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar air bancuhan tepung jagung
1. Gaul sebati dan perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan cuka makan selama 10 minit.
2. Panaskan 2 sudu minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.
3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan. 4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan. 5. Biarkan ayam sehingga jus kering.
7. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering. Bila air dah kering. 8.Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tak perlu lagi tambahan perasa lain.
9. Masukkan dua sudu air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.