Resipi Bahulu perkongsian saudari Azirah Muktar ni memang viral dan telah dikongsi lebih 78 ribu kali di grup masakan di laman sosial facebook. Mana tidaknya, resipi yang dikongsi ini sangat mudah dan tidak memerlukan cara memasak yang susah. Hanya menggunakan mesin sandwich maker, nah…sajian minum petang terbaik ini anda boleh hidangkan buat keluarga tercinta. Tak perlu acuan tembaga, tak perlu sabut kelapa. Malah adun pun guna blender je. Memang cukup mudah dan menjimatkan masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penghasilannya.
CARA MEMASAK: 1. Kisar telur bersama gula hingga kembang dan sedikit gebu. 2. Masukkan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan menjadi sebati. 3. Panaskan acuan sandwich maker, sapu minyak di permukaannya. 4. Tuang adunan bahulu tadi dengan secukupnya.
5. Tutup acuan sandwich maker dan biar hingga bahulu masak sepenuhnya.
IKLAN
6. Ulang langkah sama hingga semua adunan habis digunakan.
7. Angkat kuih Bahulu dan sedia untuk dinikmati. Makan panas-panas memang sedap!
Gulai kawah kari kambing ni memang kaya berempah. Masa tumis biar garing dan pecah minyak, baru sedap beraroma
Daging kambing ni makanan sunnah dan kesukaan Nabi kita baginda Rasulullah. Ni min kongsikan resipi dari pemilik Sweety Rose Cafe Mohd Azmi. Cecah roti pun sedap jugak ni, perggh capati atau naan, mantap. Makan dengan nasi pasti bertambah-tambah.
GULAI KAWAH KARI KAMBING
3kg daging kambing campur tulang
Bahan-bahan dikisar : 2 batang serai Daun kari ( jika ada) 5 inci halia 2 sudu makan kunyit serbuk 8 biji bawang merah 8 ulas bawang putih
Bahan-bahan dipotong : 20 biji cili (merah dan hijau) 2 biji tomato Perencah cukup rasa Garam 4 keping asam keping Serbuk kari KAMPUNG 1kg santan kelapa 15 biji ubi kentang Sedikit air Sedikit cuka makan rempah 4 sekawan dan kayu manis Sedikit minyak untuk menumis.
CARA MASAK 1. Tumis bahan-bahan yang dikisar , Masukkan serbuk kari Dan sedikit air. 2. Masukkan daging Biarkan sehingga Mendidih. 3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. 4. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan tomato. 5. Siap untuk dihidangkan.
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
200 gm brokoli
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Laksa Johor adalah sajian istimewa yang menjadi kebanggaan rakyat Johor dan merupakan sajian wajib cuba bila berkunjung ke sana. Berbanding dengan laksa negeri lain yang menggunakan laksa beras dan mi, hidangan ini menggunakan spageti. Unik tapi sedap. Nak cuba buat sendiri sajian ni? Saudari Nuryusra Ibrahim Kutty ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LAKSA JOHOR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 bungkus spageti – rebus lembut & sanggulkan
2 batang serai – ketuk
4 senduk cili kisar
4 sudu makan rempah kari ikan – bancuh dengan sedikit air supaya jadi pes
4 sudu makan kerisik
2 kotak santan
4 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan
2-3 tangkai daun kesum
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
BAHAN RENCAH IKAN:
4-5 ekor ikan kembung/selar/selayang/parang
5-6 ekor udang
Udang kering – kisar
Ikan masin kurau – kisar
BAHAN SAMPINGAN:
Timun
Kacang panjang
Daun kesum/daun selasih
Bunga kantan
Bawang holland
Limau Kasturi
Sambal belacan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan, rebus, buang tulang dan kisar isi guna air rebusan ikan. Tuang dalam mangkuk.
2. Masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Tuang air dan kisar halus. Tapis dan ambil air kisarannya untuk dimasukkan ke dalam kuah nanti.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai hingga keluar minyak.
4. Masukkan pes rempah kari dan cili kisar.
5. Masukkan kisaran isi ikan dan tulang, udang, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar. Biarkan seketika hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum.
7. Masukkan juga asam gelugur, kerisik dan juga santan.
8. Akhir sekali, perasakan kuah dengan garam dan gula perang / gula melaka dengan secukupnya.
9. Sedia untuk dinikmati bersama spageti dan bahan-bahan sampingan.