Teringin nak makan Meatballs? Jom buat Baked Meatballs with Mashed Potato sendiri. Walaupun ada banyak bahan tetapi nak buatnya tidaklah sesukar yang disangka. Jom buat hidangan istimewa ini untuk seisi keluarga. Gunakan Perfect Italiano Mozzarella, keju Chesdale dan Anchor Salted Butter untuk menambah aroma di dalam hidangan. Anda pasti puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

Resipi Baked Meatballs with Mashed Potato, Rasa Setanding Di Restoran Mahal

Resipi Baked Meatballs with Mashed Potato, Rasa Setanding Di Restoran Mahal

Resipi Baked Meatballs with Mashed Potato, Rasa Setanding Di Restoran Mahal

Ads

BAKED MEATBALLS WITH MASHED POTATO

Resipi Baked Meatballs with Mashed Potato, Rasa Setanding Di Restoran Mahal

Bahan-bahan:

  • 2 sudu Anchor Salted Butter
  • 20 biji bebola daging
  • 100gm Perfect Italiano Mozzarella 
  • 2 keping keju Chesdale 
  • 30gm daun sup
  • 4 ulas bawang putih | kisar kasar
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 200gm puri tomato
  • 250gm potato powder
  • 200gm Anchor Cooking Cream
  • Garam secukupnya

 

Cara Memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dan serai bersama Anchor Salted Butter hingga naik bau. Masukkan bebola daging serta mixed herbs dan tunggu sehingga bebola daging masak.
  2. Masukkan puri tomato hingga mendidih. Kemudian, masukkan keju Chesdale dan tunggu hingga keju mencair. Taburkan daun sup. Tambahkan garam secukupnya lalu tuang ke dalam loyang bersama bebola daging.
  3. Panaskan Anchor Cooking Cream, masukkan potato powder sedikit demi sedikit hingga menjadi mashed potato.
  4. Tuangkan mashed potato di atas bebola daging tadi dan ratakan.
  5. Taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 15 minit atau sehingga keju mencair dan keperangan.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Ads

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI