Hidangan yang berasal dari Indonesia ini memang sedap. Mi yang dinikmati bersama bebola daging, sup dan juga bahan sampingan lain ini ternyata perlu anda cuba. cara pembuatannya juga tidak susah.

BAKSO MUDAH

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
Ads
  • 500 gm mi kuning | dicelur seketika
  • 500gm daging kisar
  • 3 biji telur
  • 150gm bawang merah | dikisar
  • 100gm bawang putih | dikisar
  • 50gm serbuk jintan manis | dikisar
  • 30gm serbuk jintan putih | dikisar
  • 20gm serbuk ketumbar | dikisar
  • 5gm kulit kayu manis
  • 5gm bunga lawang
  • 5gm bunga cengkih
  • 1.5 liter air
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

  1.  Untuk membuat bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan.
  2.  Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
  3.  Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  4.  Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak.
  5.  Hidangkan panas-panas bersama mi kuning.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI