Malam ini teringin nak buat bakso. Harapnya rasa sedap macam di kedai. Hidangan ini enak dihidangkan untuk bila-bila masa pun. Kesedapan bakso terletak pada kuahnya. Kalau sedap pasti puas makan.
BAKSO
Bahan-bahan kuah bakso:
• 10 biji bawang merah
• 5 ulas bawang putih
• 3 biji buah keras
• 2 inci halia
Cara memasak:
1.*Kisar dan tumis semua bahan di atas. Tumis hingga agak garing dan naik bau.
2.*Masukkan tulang lembu/daging sedikit untuk bagi lagi bangkit kuah tu.
3.*Masukkan air secukupnya.
4.*Lada putih biji 1 sudu besar tumbuk. Masukkan ke dalam kuah.
5.*Perasakan gula garam.
6.*Masukkan bebola daging.
7.*Renehkan hingga pecah minyak.
Resipi Sambal Lada
•Cili api segenggam (optional)
•cili kering yg direbus (dlm 5 keping je)
•1 sudu kecil cuka
• 1 ulas bawang putih
•sedikit kuah sup
•garam gula
* blend semua bahan di atas
Bahan lain
•Sos cap tamin/Mudim
•kicap tamin
Sumber : Fara lome