Resipi Balado Ayam Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Share

Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.

 

RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – potong kecil
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukupnya
  • ½ inci asam gelugur
  • Bawang besar – hiris

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang merah bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili merah
  • 10 biji cili padi hijau

CARA MEMASAK:


1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.

3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

Published by
Nur