Mencari hidangan minum petang atau sarapan pagi yang mudah, ringkas tapi sedap? Banana Cheese Toast lah jawapannya. Tak perlu banyak bahan, cukup sekadar lima bahan dah boleh hasilkan menu yang mantap. Boleh lihat resipi penuh di bawah. Selamat mencuba!
BANANA CHEESE TOAST
Bahan-bahan:
Roti putih
Cheese slices
Pisang berangan
Egg wash
Brown sugar
Cara Memasak:
Ambil sekeping roti dan letakkan sekeping cheese slice di atasnya. Tutup dengan sekeping lagi roti – macam buat sandwich.
Sapu egg wash di atas permukaan roti, kemudian susun hirisan pisang mengikut kreativiti anda.
Sapu lagi sedikit egg wash di atas pisang untuk bantu lekat dan bagi warna cantik bila dibakar.
Taburkan brown sugar secukup rasa – ini rahsia untuk hasilkan permukaan karamel yang rangup!
Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10–15 minit, atau sehingga keju cair dan permukaan toast kelihatan keemasan.
Siap untuk dihidangkan! Boleh makan begitu sahaja, atau tabur sedikit serbuk kayu manis atau madu jika suka lebih manis.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Portugese Egg Tart merupakan antara pastri kegemaran ramai. Jika anda teringin nak makan Portugese Egg tart, boleh saja buat sendiri dan tak perlu bersusah payah untuk ke bakeri lagi selepas ini. Yang penting, pastikan ada stok pastry puff segera di dalam peti sejuk anda.
Nak lebih enak, tambahkan Anchor Cheese Slices di atasnya. Keju Anchor ni memang baik untuk seisi keluarga kerana ia diperbuat daripada susu New Zealand yang kaya dengan kalsium dan protein. Jika berkesempatan, jom cuba resipi ini.
PORTUGESE EGG TART BERSAMA ANCHOR CHEESE SLICE
BAHAN-BAHAN A:
Puff pastry secukupnya
8-10 Anchor Cheese Slices | potong kecil
BAHAN-BAHAN B (INTI):
200ml susu UHT Fernleaf
2 biji telur – gred A
2 sudu makan gula kastor
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong puff pastry mengikut acuan kulit tart lalu bentukkan rapi. Bakar kulit tart di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga ¾ masak. Sejukkan sebentar.
Di dalam periuk, satukan semua bahan B lalu kacau menggunakan whisk. Masak dengan api yang kecil sambal kacau berterusan hingga jadi kastard yang agak kental. Tutup api dan sejukkan sebentar.
Tuang adunan inti tadi ke dalam kulit tart yang telah dibakar ¾ masak tadi.
Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C lalu bakar selama 20 minit.
Keluarkan tart dari ketuhar, susun Anchor Cheese Slices ke atas setiap biji tart. Masukkan semula ke dalam ketuhar lalu bakar lagi dalam 3-4 minit atau hingga cheese cair. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Juadah minum petang yang best salah satunya adalah paf pastri berinti tuna. Boleh dibuat pedas atau tak pedas. Kalau pedas, letaklah cili api banyak sikit. Kalau buat untuk kanak-kanak, tak payah letak cili api. Jangan lupa sediakan kopi o panas. Wow sangat minum petang ni.
PAFF TUNA
BAHAN-BAHAN
1 tin tuna flakes dibuang airnya
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili api (dihiris)
2 sb mayones
1/2 tin jagung
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
Paf pastri segera jenama kawan
1 biji telur kuning dibancuh dengan sedikit susu cair
CARA MEMBUAT
1. Hancurkan tuna di dalam satu mangkuk.
2. Masukkan bawang besar, cili api, mayones, jagung dan serbuk lada sulah.
Gaul rata.
3. Ambil sekeping paf pastri segera.
4. Masukkan inti dan lipat pastri.
5. Tutup dengan garpu.
6. Sapu atasnya dengan kuning telur.
7. Tabur bijan.
8. Susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200°c selama 20 minit.
Bagi anda yang tengah tercari-cari resipi Pai Ayam / Chicken Pot Pie yang sedap dan mudah, resipi perkongsian Instafamous terkenal; Lina Thomas ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bercita rasa Barat namun bahan-bahan yang digunakan juga mudah di dapati di Malaysia. Sesuai sangatlah buat untuk makan malam. Selamat mencuba!
CARA MASAK PAI AYAM / CHICKEN POT PIE YANG MUDAH & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang hingga wangi dan masukkan sayur campur. Masak selama beberapa minit. 2. Masukkan isi ayam dan kacau sebati. 3. Taburkan tepung secara rata ke atas sayur-sayuran dan kacau lagi hingga sebati. Masak selama beberapa minit sambil dikacau. 4. Tuang air rebusan ayam serta kiub pati ayam. 5. Masukkan heavy whipping cream dan kacau lagi hingga pekat. 6. Tambahkan daun thyme, garam serta serbuk lada hitam. Siap.
7. Tuangkan campuran ayam ke dalam pinggan pai atau mangkuk kaserol kecil. Ketepikan.
BAHAN DOH PIE:
80gm tepung gandum
115gm mentega
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan air ais
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung gandum, mentega, telur dan garam ke dalam pengadun. Putar sebati. 2. Masukan air ais, putar lagi. 3. Keluar doh dari pengadun, bungkus dalam cling wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15 – 20 minit. 4. Tabur sedikit tepung di atas papan atau meja. Canai doh pai supaya ia lebih lebar 1 inci dari pinggan pie @ mangkuk kaserol kecil yang telah diisi bahan inti tadi.
5. Letakkan doh pie di atas permukaan inti campuran ayam tadi. 6. Tekan doh pie dengan perlahan ke bahagian pinggan, kelar sedikit permukaan dih, sapu dengan telur dan tabur sedikit daun thyme.
7. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga doh berwarna perang keemasan. 8. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!