
Ikan celup tepung memang sedap. Kena pula ikan segar, memang terasa manis isinya! Bila buat secara homemade, kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung yang betul tu agak susah. Ada kalanya, ikan kelihatan rangup semasa baru angkat, tapi lepas tu, dah lembik. Tak sedap la kan? Jom cuba petua perkongsian saudari Nor Syahidah ni. Nampak sedap!

BAHAN-BAHAN:
- Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
- 1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
- Serbuk kunyit
- Kapur makan
- Garam secukup rasa
- 2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung
CARA-CARA:

1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
3. Tambahkan garam dengan secukup rasa.
4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.

Kredit resipi & foto: Nor Syahidah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kekalkan Khasiat Dan Hilangkan Bau Bawang Putih

Bagi mengekalkana khasiat bawang putih, cara terbaik menggunakannya adalah dengan cara ketuk kemudian cincang bawang putih sebelum dimasukkan dalam masakan. Elakkan dari menumbuk atau mengisar. Tujuannya supaya segala enzim dalam bawang putih tidak hilang dan anda boleh memanfaatkannya untuk kesihatan.
Namun bila anda mencincangnya,ia akan meninggalkan baunya yang sering melekat pada tangan, hal ini agak kurang menyenangkan. Tetapi jangan risau, mudah sahaja mengatasi masalah ini adalah mudah. Anda hanya perlu hiris leman kemudian campurkan dengan garam dan serbuk soda. Gaulkan bersama dan gosokkan pada tangan selama satu atau dua minit sebelum dibilas dengan air bersih. Pasti bau bawang putih tiada lagi.
Tip: Jangan kupas bawang putih jika tidak digunakan. Sebaiknya simpan bawang putih dengan kulit-kulitnya.
Tip Masak Pulut Kuning Yang Cantik, Lembut & Sempurna Kejadiannya

Bagi yang tidak mahir memasak pulut kuning, pasti pulut tidak akan menjadi. Kadangkala akan jadi lembik dan ada juga yang kembang. Sekiranya anda mahu mendapatkan hasil memasak pulut kuning yang cantik, berlemak dan lembut, boleh ikut petua dan tip yang dikongsi oleh Masmira Idris ini. Menurutnya, resipi ini diperolehi daripada ibunya dan telah digunakan selama lebih dua tahun untuk berniaga.
TIP MASAK PULUT KUNING YANG CANTIK & LEMBUT

BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAANNYA:
1. 1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
- Beras pulut susu akan buat pulut kuning jadi benyai dan lembik. Jika boleh, cari beras pulut yang panjang sedikit. Elakkan beras yang jenis montok-montok.
- Bila 3-4 kali, rendam dan letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (sekurang-kurangnya 3 jam)
- Sebelum kukus, perlu bilas semula dengan air paip. Sejat menggunakan penapis. Perlu dibilas balik untuk hilangkan bau kunyit berlebihan dan buat pulut tahan lebih lama. Jangan gunakan pewarna.
2. Halis 1/2 inci (wangi dan buang angin)
- Kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus.
- Orang yang makan tidak akan perasan pun ada halia dalam pulut.

3. Daun Pandan 5 helai (bagi pulut wangi)
- 3 helai dikoyak 3 dan ikat untuk diletak dalam pulut semasa mengukus.
- 2 helai koyak 3 untuk dibuat lapik pulut dalam periuk kukus.
4. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut ke dalam pengukus.
- Tabur halia cincang sekata ke dalam pulut dan masukkan juga daun pandan tadi. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit mengikut jenis pengukus atau kuantiti pulut. Kukus sehingga pulut masak.
5. Santan segar dan pekat: 250 gram sehingga 300 gram
- Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas yang baru mendidih. Kemudian, masukkan garam sebanyak 1 1/2 sudu besar gula dan 1 1/2 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam tersebut.
- Seterusnya, masukkan santan pekat tadi. Kacau sehingga sebati. Jangan lupa rasa sedikit, pastikan ada rasa masin dan manis sedikit.

6. Sediakan besen yang agak besar, masukkan pulut yang dah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan, tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau sehingga sekata semuanya.
- Jangan risau jika kuah santan banyak kerana pulut akan menyerap habis kuah santan tersebut. Barulah pulut jadi lembut.
- Pastikan kacau pulut sehingga rata dan hilang segala ketulan. Kemudian, tekan dan ratakan dalam besen tadi. Biar pulut rehat dalam 10 – 15 minit, baru cedok untuk bungkus atau makan.
INFO:
- Pulut yang cuku lemak, kita akan nampak santan tersebut seperti bertali putih pada senduk.
- Tak perlu kukus pulut untuk kali kedua selepas digaul dengan santan. Cukup sekali sahaja.
- Jika dikukus semula, akan pecah minyak dan lemak santan tidak akan melekat pada pulut. Walaupun kukus sekali sahaja, insyaAllah pulut akan tahan lebih 36 jam diluar sebab kita dan bancuh santan dengan air panas.

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: MASMIRA IDRIS
Artikel menarik yang boleh dibaca:
Tip Tanak Pulut Dengan Periuk Nasi, Hasilnya Pasti Buat Anda Puas Hati
Resipi yang boleh dicuba di rumah:
Nak Buat Kek Tapi Tiada Oven dan Mixer, No hal lah!

Time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, ramai yang mula berjinak-jinak nak ke dapur. Malah ada yang cuba-cuba nak buat kek. Tapi maklumlah, setahun tak sekali buat kek kan? Nah, RASA berikan panduan untuk korang cuba nak buat kek walau tak ada peralatan lengkap di dapur.
Jangan jadikan alasan takda oven dan mixer tak boleh baking ye, banyak resipi kek dan kuih yang tidak memerlukan dua perkakas ini. Jadinya, sebelum memilih resipi yang tidak memerlukan oven dan mixer ada beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya hasil kek yang dibuat masak sukses, terutama resipi yang membabitkan pembuatan kek yang memerlukan proses pengembangan,contohnya kek kukus.
Berikut perkara yang perlu diperhatikan sebelum membuat kek tanpa oven dan mixer:-

Gunakan Bahan Pada Suhu Bilik
Kebanyakan resipi kek, terutamanya yang mempunyai tekstur mengembang, bahan-bahan yang akan digunakan mestilah pada suhu bilik kerana ia lebih mudah digaul rata dan tidak ‘terkejut’ apabila berlaku perbezaan suhu secara drastik semasa diadun, dengan ini kek tidak akan ‘bantat’ atau atau mengempis selepas naik semasa dikukus. Oleh itu keluarkan bahan-bahan seperti telur, mentega dan susu dari peti sejuk dan biarkan sehingga ia pada suhu bilik sebelum digunakan.

Kurangkan Penggunaan Telur
Logiknya, telur boleh melembutkan adunan dan memberi rasa pada kek, sebab itu telur dikatakan sebagai agen pengembangan semula jadi adunan bahan. Namun, telur yang tidak dipukul atau dikacau sempurna boleh meninggalkan bau hanyir telur. Untuk mengatasinya, boleh tukar penggunaan telur dengan bahan lain seperti tauhu lembut atau Chia Seed yang telah direndam.

Gunakan Baking Powder Double Acting
Mixer adalah keperluan dalam baking, antara tujuannya adalah untuk memasukkan udara supaya adunan mengembang sekata. Sebab itulah ada sebahagian bakers mengabaikan bahan pengembang buatan. Tetapi jika tiada mixer, anda boleh gunakan baking powder double acting. Selain praktik digunakan, bahan ini juga mengurang masalah kek menjadi ‘bantat’, apabila anda sukar mengadun bahan menggunaan spatula dan whisk.

Cairkan Bahan Padat Sebelum Sedia Digunakan.
Bila tidak ada mixer, pastikan bahan-bahan yang akan digunakan mudah diadun atau digaul rata dengan spatula atau whisk. Oleh itu bahan padat seperti mentega dan coklat lebih awal dan ayak bahan kering dan lumatkan bahan tambahan seperti pisang menggunakan garpu sebelum dimasukkan dalam adunan.
Pastikan Periuk Pengukus Dalam Keadaan Panas
Sama seperti membakar menggunakan ketuhar yang perlu dipanaskan sebelum sedia digunakan. Begitu juga dengan pengukus, panaskan pengukus dengan api sederhana dan tutup penutup, biarkan hingga air kukusan mendidih. Harus diingat api yang terlalu besar akan menyebabkan cepat naik dan akan kempis bila sejuk.
Diharapkan dengan tip ini tidak ada masalah lagi untuk anda membuat kek yang mengembang dengan cantik ye.

