Salah satu biskut raya yang selalu jadi pilihan ketika nak raya adalah bangkit cheese. Rasanya lemak-lemak manis. Memang sedap. RASA kongsikan resipi yang senang nak dibuat dan confirm akan jadi. Sesuai kalau nak cuba buat untuk raya ni.
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
100 gram gula aising
1 biji telur ayam
300 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikabornat
100 gram keju cheddar parut
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega dan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur ayam dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum dan tepung jagung. Gaulkan dan masukkan adunan ke dalam adunan mentega tadi.
4. Uli adunan perlahan-lahan dan masukkan juga soda bikarbornat dan keju parut. Uli sampai sebati.
5. Canaikan doh dan tekap dengan bentuk yang diinginkan. Susun ke dalam dulang pembakar. Bakar pada suhu 150c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!