
Sedapnya Basque Burnt Cheese Cake ni. Kalau beli di kedai, sepotong pun dah mahal. Memang tak puas makan. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian saudari Norlela Abdullah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan Basque Burnt Cheese Cake yang sedap dan mudah. Sangat berbaloi cuba.
CARA MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
- 1000gm (1kg) krim keju ( cream cheese) – suhu bilik
- 300gm gula halus
- 7 biji telur
- 500gm whipping cream ( krim putar)
- 30gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, siapkan acuan spring foam saiz 9 inci terlebih dahulu.
2. Alas bahagian dalam alaskan acuan dengan parchment paper. Lebihkan sedikit parchment paper di bahagian atas kerana kek akan naik. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil. Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kek, putar krim keju dengan gula halus. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan krim putar.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kaup balikkan sahaja hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan spring foam. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek menjadi warna coklat gelap. Guna api atas dan bawah. Kipas off.

6. Bila kek masak, biarkan kek sejuk dalam ketuhar barulah buka pintu oven.
7. Kemudian masukkan kek ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.

Kredit resipi & foto: Norlela Abdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anak-anak Tak Suka Makan Sayur? Buatkan Brokoli Celup Tepung Gerenti Licin

Anak tak suka makan sayur? Sudah puas dipujuk dan telah pelbagai cara dibuat supaya anak-anak makan sayur namun hasilnya gagal. Apa kata cuba buatkan Brokoli Celup Tepung seperti yang dikongsikan resipinya oleh Ezzatyy Suffian. Senang sahaja hendak buat dan yang penting ‘confirm’ sedap.
RESIPI BROKOLI CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
Brokoli (boleh juga guna kobis bunga/baby corn/lobak merah)
Tepung beras – beli online
Tepung rangup
1 sudu tepung gandum – beli online

CARA MEMBUAT:
1. Basuh bersih brokoli. Potong brokoli kecil-kecil.

2. Tabur/renjis air garam (kalau untuk anak kecil, skip langkah yang satu ini)
3. Tabur tepung beras dan tepung rangup.

4. Kacau rata sampai semua brokoli bersalut tepung.
5. Masukkan pula satu sudu tepung gandum. Ia bagi menjadikan brokoli rasa lembut selepas digoreng. Kacau lagi bagi rata.

6. Panaskan kuali. Guna api besar untuk elak dari makan minyak. Goreng brokoli sampai warna tepung jadi perang. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili ataupun sos kewpie.

Sumber kredit: Ezzatyy Suffian
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Sos Meraung, Wajib Cuba Sebab Memang Terlalu Sedap
Resipi Mee Kuah Daging Sedap. Sesuai Dijadikan Menu Rumah Terbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Menu Ringkas Dan Sedap! Sajian Mi Sesuai Untuk Hidangan Hujung Minggu.

Masyarakat cinamat terkenal dengan sajian mi. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun hasil hidangan memang enak dan punya rasa yang tersendiri. Antara bahan yang biasa digunakan dalam masakan adalah minyak bijan, bawang putih, sos tiram dan kicap. Agak berbeza dengan sajian mi goreng masyarakat melayu yang lebih banyak menggunakan bahan-bahan seperti bawang merah, ikan bilis dan cili. Nak cuba masak untuk keluarga anda? Jom cuba resipi di bawah ini.
MEE WANTAN BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup
- 200gm hirisan isi ayam
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh gula
- 1/4 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh bijan | simpan sedikit untuk hiasan
- 1 sudu teh minyak bawang putih yang ditumis
- 150gm air
CARA MEMASAK:
- Rebus mi wantan sehingga kembang. Toskan airnya dan ketepikan.
- Panaskan minyak bijan dan minyak bawang. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, gula, serbuk lada putih dan air. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan kepingan isi ayam dan masak sehingga lembut dan wangi. Masukkan juga sedikit bijan.
- Tambahkan An’Nur Mee Wantan. Gaul sebati dan hidangkan ke dalam pinggan.
- Tabur lebihan bijan dan hiaskan dengan isi ayam diatasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef : Serbuk lada ptih boleh diganti dengan perencah sup ayam An’Nur.
MEE AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam
- 2 biji bawang besar Holland | dihiris bulat
- 4 sudu makan minyak masak
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 4 biji bawang merah | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 1cm lengkuas | dikisar
- 1 sudu teh biji ketumbar | dikisar
- 2 batang serai
- 4 helai daun limau purut
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup | dicelur hingga lembut
- 2 paket An’Nur Perencah Sup
- Sedikit Pak Choy | dicelur
- 1 biji telur | direbus
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
- Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
- Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
- Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
- Nikmati segera.
Info Chef : Tambah hirisan cili padi untuk rasa pedas.
CLAYPOT HOKKIEN MEE WANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga kembang dan ditoskan
- 7 biji telur
- 100gm kubis cina / pak choy
- 10gm lobak merah
- 20gm cendawan straw / cendawan butang
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 100gm isi ayam | dihiris
- Sedikit cili merah | hiasan
- Sedikit bawang goreng | hiasan
- Sedikit minyak masak
BAHAN PERASA:
- 3 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 paket perencah sup ayam An’Nur
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan gula
- 800ml air rebusan ayam
BAHAN PEMEKAT KUAH:
- 1/4 sudu teh garam bukit
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh tepung jagung
- 1/4 sudu teh lada putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan sayur-sayuran, cendawan dan ayam. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan mi wantan, bahan perasa, air rebusan ayam dan bahan pemekat. Biarkan seketika.
- Angkat dan masukkan ke dalam claypot. Masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
- Pecahkan telur di atasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef : Selain isi ayam, boleh juga menggunakan udang atau sotong.
BAN MEE TEOW KICAP SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang dan toskan
- 2 ekor sotong besar | dihiris dan dicelur
- 10 ekor udang saiz sederhana | dicelur
- 100gm pak choy / chye sim | dicelur
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- Sedikit minyak masak
BAHAN SUP:
- 2 paket perencah sup ayam An’Nur
- 800gm air
- Daun sup dan daun ketumbar secukupnya
BAHAN KICAP BAN MEE:
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 1/2 paket perencah ayam
- 1 sudu teh minyak bijan
- 150gm air
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bahan kicap ban mee dan air. Biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan mee teow, sotong, udang dan sayur. Kacau sehingga kicap kering. Angkat dan hidangkan.
- Tabur bawang goreng dan hirisan cili potong. Nikmati segera.
Info Chef : Jika sukakan mi yang sedikit berkuah, tambah sedikit air rebusan ayam.
YIN YONG

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Teow Sup Ayam | direbus hingga kembang
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 inci halia | dihiris
- 1 tangkai sawi | dihiris
- 3 ekor sotong | dihiris
- 10 ekor udang
- 300gm isi ayam
- 2 biji telur
- 250gm air
- 1 sudu makan kicap pekat
- Sedikit minyak masak
BAHAN PEMEKAT KUAH:
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu teh sos tiram
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 paket perencah sup ayam
- 100gm air | dibancuh bersama bahan-bahan diatas.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bijan dan tumis 1 ulas bawang putih. Masukkan mee teow bersama 1 sudu makan kicap pekat. Gaul sehingga warna kicap sama rata. Angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan air.
- Kemudian masukkan sawi, isi ayam, udang dan sotong. Gaul rata.
- Tuangkan bahan pemekat kuah dan kacau sehingga kuah sedikit pekat.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit. Masukkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit.
- Masukkan 1 paket sup ayam An’Nur dan kacau sehingga cukup rasa.
- Angkat dan tuangkan kuah Yin Yong ke atas mee teow tadi.
- Hidangkan segera.
Info Chef : Enak dinikmati bersama sambal belacan atau cili kicap.
MEE WANTAN YEE MEE MAKANAN LAUT

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket An’Nur Mee Wantan Sup Ayam | direbus hingga lembut
- 4 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 ekor sotong | dihiris
- 10 ekor udang
- 1 tangkai Chye Sim
- Sedikit lobak merah
- 1 paket cendawan butang
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk pekatkan kuah
- 1 biji telur
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
- 1 paket perencah sup ayam
- 1/2 sudu teh gula
- 1 sudu teh tepung jagung
BAHAN PERASA:
- 700ml air
- 1 sudu makan sos tiram
- Kicap cair secukup rasa
- 1 paket perencah sup ayam An’Nur
- 1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
- Gaul udang dan sotong bersama bahan perap. Biarkan seketika.
- Panaskan minyak dan goreng mi wantan sehingga perang dan sedikit garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
- Dalam kuali berasingan, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan air, perencah sup ayam, sos tiram, kicap cair, sotong, udang, cendawan, chye sim dan lobak merah. Masak hingga sayur lembut.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah. Biarkan memekat.
- Tuang minyak bijan dan pecahkan telur. Biarkan seketika dan angkat.
- Tuangkan kuah ke atas mi yang telah digoreng tadi.
- Nikmati segera.
Info Chef : Tabur bawang goreng dan daun sup untuk menaikkan rasa.
PENYELARAS RASA: ELINA KAMARUDIN
FOTO: NURULNIZA SUHAIMI
Suka Makan Tauhu Telur Tapi Tak Tahu Masak? Ini Cara-Caranya.

Jika ke kedai makan atau restoran, menu tauhu telur bersama kuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin ni.
BAHAN-BAHAN:
- Tauhu telur – dipotong
- 1 tangkai daun bawang – dihiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih – diketuk sedikit
- Kiub pati ayam secukup rasa
- 1 biji telur
- Cendawan – boleh dipelbagaikan dengan aneka sayur lain

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tauhu telur hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan air ikut sebanyak mana kuah yang anda nak. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan cendawan, lada hitam dan kiub pati ayam.
- Bila sayur dah masak, perlahankan api dan masukkan telur yang telah dipukul. Kacau cepat telur tadi bagi mengelakkan ia berketul-ketul.
- Masak lagi kuah hingga mendidih.
- Jika kurang rasa, boleh tambah garam dan perasa secukupnya.
- Padamkan api dan masukkan daun bawang. Tuang kuah ke dalam pinggan berisi tauhu telur.
- Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Shaiela Ehin

