Bagi penggemar Bergedil, resipi Bebola Bergedil Ayam perkongsian saudari Har Ryea harus anda cuba. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati bersama Soto atau Bihun Sup.
Jika tiada dimakan bersama Soto atau Bihun Sup, nikmati begitu sahaja pun boleh. Cicah sambal kicap, memang enak tak terkata. Jom cuba!

RESIPI BEBOLA BERGEDIL AYAM SEDAP

Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan

BAHAN-BAHAN:
6-7 biji kentang – dipotong dadu – beli online disini
Sedikit garam
Sedikit lada sulah – beli online disini
Isi ayam kisar secukupnya
Hirisan daun sup
Hirisan lada merah
Hirisan bawang merah
3 biji telur
Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Goreng ubi kentang yang sudah dipotong dadu. Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebijik telur dan bawang goreng. Gaulkan semua bahan.
3. Bulat-bulatkan adunan macam bebola daging. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2 jam) sebelum digoreng.
Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan4. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk.
5. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi kemudian bolehlah digoreng.
Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan6. Bila sudah kuning keemasan, bolehlah angkat.
Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan7. Bebola Bergedil Ayam enak dimakan bersama Soto sedap dan juga sambal kicap.

Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan

Kredit resipi & foto: Har Ryea

Ads

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Ads

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI