Resipi Bebola Daging Homemade Yang Sedap

Share

Bebola daging atau meatball memang banyak guna dan boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Sama ada menu barat atau timur, semuanya pasti membuka selera. Ramai yang suka membeli meatball sejukbeku yang dijual di pasaraya. Tapi tahukah anda bebola daging yang dibuat secara homemade mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding yang dibeli di pasaraya? Malah bila buat sendiri,  anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti aneka sayur -sayuran

bagi menjadikan sajian tersebut lebih berkualiti dan berkhasiat. Caranya pun mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dapur Hayati ni. Boleh buat niaga juga tau.

 

RESIPI BEBOLA DAGING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kisar – boleh dapat dalam 80 biji
  • 1 sudu lada hitam – tumbuk/lada sulah
  • 1 sudu garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk roti / breadcrumbs – kalau lembik, tambah lagi jumlahnya
  • 1 biji bawang Holland – cincang
  • Daun sup/saderi secukupnya – racik halus
  • Cili merah/capsicum secukupnya – cincang
  • Lobak merah secukupnya – cincang

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Uli hingga sebati.

2. Cubit adunan dan bulat-bulatkan. Saiznya bergantung pada citarasa.

3. Kemudian bolehlah kukus atau rebus bebola tadi. Air rebus

4. Jika nak sejukbekukan, biarkan bebola sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

5. Bebola daging homemade ni boleh dinikmati dengan pelbagai cara ikut selera masing-masing.


INFO CHEF: Air rebusan / air kukusan bebola daging tadi jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk masak nasi atau buat sos lada hitam.

 

Kredit resipi & foto: Dapur Hayati

Published by
Nur