Resipi Bebola Donut 3 Bahan, Sekejap Saja Habis Makan

Share

Makanan kudap-kudapan untuk anak-anak, memang boleh kadang-kadang boleh memeningkan kepala.

Namun tak perlu risau. Mak-mak boleh cuba resipi bebola donut 3 bahan yang serba mudah dan sedap daripada Noratiqah Nordin. Lembut, sedap dan cepat.

Tak perlu uli, tak perlu canai, guna piping beg dan gunting terus masuk dalam kuali. Goreng, gaul dengan gula, dah siap.

 

CARA BUAT BEBOLA DONUT 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

250g tepung gandum (saya pakai lili warna hijau) – beli online di sini
300g susu segar
1 paket yis – beli online di sini

Dapatkan Lancaster Polo Camella Handbags Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA-CARA:

1. Masukkan yis ke dalam susu. Gaul hingga tak ada nampak serbuk yis.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Masukkan tepung. Gaul hingga sekata semua. Tutup dengan plastik. Biarkan selama sejam.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Doh akan jadi kembang berganda. Gaul untuk buang anginnya.


4. Ambil piping beg dan letak minyak

, supaya adunan tak melekat dekat plastik.
5. Ini caranya (rujuk video di sini). Mudah saja. Tak perlu uli-uli. Kalau tak ada piping bag, pakai saja plastik apa-apa dan gunting hujung plastik.

6. Dah siap masak. Gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.

Kredit resipi: Noratiqah Nordin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff