
Bebola donut adalah salah satu masakan yang sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Nak membuatnya pun senang, cuma kena pastinya tepungnya gebu dan lembut. Barulah sedap.
DONUT BALL CHEZZY LELEH

BAHAN-BAHAN
• 500 ml air suam
• 1 peket mauripan
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil susu pekat manis
• 1 kg tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 senduk marjerin
• 24 keping keju (dibelah dua)
• Minyak masak untuk menggoreng
• Gula aising
CARA MEMBUAT
1. Air, mauripan, garam dan susu pekat manis disatukan dalam jag. Biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder masukkan bancuhan di dalam jag tadi. Uli 10 minit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan selama 30 minit di tempat panas sehingga kembang.
4. Selepas adunan kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Kepal doh agak-agak saiz setengah genggam tangan. Kemudian masukkan keju.
6. Goreng dalam minyak masak yang banyak sehingga keperangan.
7. Selepas itu tabur gula aising.
Resipi Oleh Ainul Sara dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Manis & Lemak Masin Santan. Begini Cara Buat Pulut Kuning Kelantan Yang Sedap

Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak. Namun pernahkah anda mencuba Pulut Kuning air tangan orang Kelantan? Ada sedikit berbeza. Ia bukan sahaja lemak masin, tapi ada sedikit rasa manis yang membuatkan Pulut Kuning Kelantan ini begitu enak sekali. Arung (gaul) pun guna sudip kayu. Namun tak ramai yang mahir dalam memasak hidangan ni. Jadi jom belajar masak Pulut Kuning ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Ismi Aishah ni. Memang mudah! Pasti puas hati.
RESIPI PULUT KUNING ORANG KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – beli online disini
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu makan garam kasar – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
Sedikit pewarna kuning telur – beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
2 keping asam gelugur – beli online disini
CARA MEMASAK
1. Basuh pulut hingga bersih dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2. Toskan beras pulut kemudian kukus selama 30 minit. Kemudian buak penutup periuk dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Empunya resipi letak daun pandan untuk aroma wangi.

3. Dalam bekas berlainan, kacau garam dan gula bersama santan sampai larut (boleh rasa santan ikut selera masing-masing nak rasa macam mana. Lebih manis atau lebih masin).
4. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip kayu hingga santan dan pulut bergaul sekata.

5. Masukkan balik pulut tadi ke dalam periuk kukusan dan kukus kembali dalam 15 minit lagi.
6. Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam loyang atau acuan ikut cara masing-masing (untuk bentuk pulut yang cantik). Tidak letak dalam acuan pun tidak mengapa.

7. Pulut Kuning sedia untuk dinikmati. Memang sedap dan tetap lembut walau sudah sejuk.

Kredit petua & foto: Ismi Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Nuget Ayam Sedap Sebijik Macam Beli Dekat Kedai

Wow..Nampak sedap nuget ayam homemade ni. Menurut saudari Habibah Badar Bajrai, resipi yang beliau kongsikan ini memang best malah lebih enak berbanding yang dibeli. Malah bila buat sendiri ni, tentunya lebih bersih, berkhasiat dan ditambah dengan kasih sayang. Anak-anak pun seronok bila dapat makan. Jadi nanti bolehlah cuba. Sesuai sangat dijadikan stok snek anak-anak.
RESIPI NUGET AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN UTAMA:
6 keping dada ayam – dikisar halus (buang tulang dulu ya)
1 batang lobak merah – dikisar halus
Serbuk lada putih – beli online disini
Garam secukup rasa
Serbuk roti / breadcrumbs putih (anggaran 1-2 cawan) – beli online disini
1/2 sudu makan baking powder – beli online disini
1 telur
1 sudu makan mentega (unutk effect seperti lemak ayam) – beli online disini
BAHAN SALUT:
Serbuk roti / Breadcrumbs oren secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.


2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.

3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.


4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.

5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.

INFO:
1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Habibah Badar Bajrai
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Terung Bakar Resipi Dari Mak. Bahan Mudah & Rasa Pun Sedap
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Muih Melayu Pilihan Di Kala Sarapan Mahupun Minum Petang

Bila dapat makan kuih muih melayu yang cukup rasa, terasa kepuasannya dan terimbau zaman lalu. Oleh kerana penyediaan mempunyai langkah yang tertentu membuatkan rasanya pun sedap. RASA kongsi resipi kuih muih melayu yang disukai ramai.

PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN SAMBAL IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumis nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga sambal kering dan berderai.
Sejukkan.
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
1/2 cawan santan pekat
4-5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
1.Kukus pulut selama 30 minit.
2.Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah dua sudu makan minyak masak.
3.Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang dan sudukan satu sudu makan pulut. Ratakan.
2.Letakkan dua sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
3.Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
4.Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Gunakan inti bercampur dengan ikan rebus selar/tenggiri.Rasanya bartambah lazat dengan gandingan kelapa pedas bersama isi ikan dan pulut lemak manis.

KUIH NONA MANIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan A –
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred A
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum
Bahan bahagian luar (warna hijau)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
perisa kelapa pandan emulco
pewarna hijau
Bahan inti
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Bahan A –
- Pukul telur hingga kembang. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan. Kacaukan.
- Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau lagi sehingga sebati.
Bahagian luar (warna hijau)
- Ambil enam helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
- Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
- Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat. Satukan adunan bahan A dan bahagian luar (warna hijau).
Bahan Inti
- Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara penyediaan
- Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
- Tuangkan adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
- Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
- Balut periuk kukus dengan kain supaya air tidak menitik. Kukus bahan hingga 7-8 minit atau hingga masak.
5.Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jangan sesekali lupa untuk alas kain pada penutup periuk pengukus supaya wap air tidak terjatuh pada permukaan kuih semasa proses mengukus agar permukaan kuih licin dan cantik.

BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
2 kilo ubi kayu kuning @putih.
2 ½ cawan gula pasir
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Sagu dari ubi kayu
CARA MENYEDIA DAN MEMASAK:
- Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
- Kemudian sagat ubi dengan sagat kelapa.
- Setelah habis sagat perah ubi dengan kain bersih untuk mengeluarkan airnya.
- Air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 minit di dalam mangkuk atau besen.
- Setelah itu tuang air perahan tadi perlahan-lahan dan akan dapati sagu ubi kayu.
- Kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
- Tuang adunan dalam acuan yang telah disapu dengan minyak kelapa atau butter.
- Bakar dalam oven 180C selama 11/2 jam atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan ubi yang disagat/diparut terkumpul sagu ubi yang banyak sebelum bancuh adunan yang lain. Semakin banyak dapat sagu ubinya lagi sedap bingka ubi tu

LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pisang, yang sudah dilecek
1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN :
- Panaskan periuk kukus.
- Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
- Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
- Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
- Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
- Sudukan adunan sebanyak tiga sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
- Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Info chef: Elakkan menggunakan pisang yang kelat dan masam seperti pisang nangka.Pisang yang terbaik adalah pisang emas atau restali.manis dan lemak.

ONDE-ONDE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum (untuk elak daripada kuih terlalu liat)
1 cawan jus pandan (boleh juga gunakan air kosong dengan pewarna pandan)
2 keping gula melaka (dipotong dadu)
1/2 biji kelapa parut muda (diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
- Bancuh tepung pulut, tepung gandum, garam dan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
- Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka ditengahnya dan bentukkan seperti bola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut.
5. Apabila timbul, angkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan buah melaka dalam kelapa parut muda bercampur sedikit garam.
7. Siap dihidangkan.
Info chef: Kelapa parut di stim terlebih dahulu supaya tidak cepat basi.
Resipi: Rozel Linda
Karipap Sardin Tak Perlu Kelim Tepi. Ni Resipi Mudah Untuk Orang Baru Belajar
Orang Muda Kena Belajar Buat Kuih Lompat Tikam, Kuih Lejen Jangan Sampai Dilupakan

