Resipi Bebola Keledek Manis Ala Thai. Simple, Senang & Sedap.

Share

Di musim cuaca yang tak menentu ni, memang sedap kalau dapat makan Bebola Keledek Manis panas-panas. Biasanya kalau di Cameron Highland atau Thailand ada jual benda ni. Manis-manis lemak rasanya. Memang sedap. Nak cuba buat untuk minum petang? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Ain Mat Daud

.

 

CARA BUAT BEBOLA KELEDEK MANIS ALA THAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan keledek – rebus, lenyek dan baru disukat
  • 1/4 cawan gula – lebihkan jika suka manis
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Rebus keledek hingga empuk. Lenyekkan. Kemudian satukan semua bahan dalam bekas dan uli hingga jadi doh.

2. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Pastikan saiznya sama besar supaya bila digoreng bebola akan masak sekata.

3. Panaskan minyak dan goreng bebola keledek hingga kuning keemasan.

INFO: Jika suka rasa bebola yang kenyal, lebihkan tepung pulut.

 

Kredit resipi & foto: Nur Ain Mat Daud

Published by
Nur