Bagi yang biasa menikmati sajian Beef Ginger di restoran Chinese Muslim, pasti tahu akan keenakan hidangan ini. Penuh perasa dan enak dinikamti bersama nasi putih hangat.
Harganya boleh tahan mahal kan? Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, agak tidak berbaloi untuk menikmati hidangan istimewa begini. Bukan apa, harg yang dibayar tentulah tinggi, tapi makan tak pus. Lebih jimat jika masak sendiri. betul tak?
Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Masak sendiri untuk keluarga tentunya lebih puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Jumlah bahan yang digunakan hanya sedikit dan agak-agak sahaja.
3. Gaul daging supaya sebati dengan bahan-bahan tadi. Ketepikan seketika.
4. Sediakan bahan-bahan untuk kuah Beef Ginger.
5. Sebelum menggoreng daging, panaskan kuali hingga berasap. Masukkan minyak, kemudian alihkan. Tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalam kuali. Ia bertujuan untuk mengelakkan daging melekat di kuali dan kekal lembut dan moist
.6. Masukkan daging satu persatu dan goreng. Elakkan dari daging melekat sesama sendiri.
7. Kacau dan daging ini tidak perlu dimasak lama. Jangan sampai garing kerana nak kekalkan kelembutannya.
8. Angkat daging dan rehatkan seketika.
9. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan bawang halia dan sedikit hirisan daun bawang.
10. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
11. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi diikuti secubit serbuk lada hitam.
12. Perhatikan kuah, jika tidak pekat, baru masukkan air bancuhan tepung jagung. Jika sudah pekat, tidak perlu masukkan. Tambahkan lagi daun bawang.
13. Buka api dengan kuat dan gaul sekejap.
14. Beef Ginger siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official