Makan

Resipi Beef Steak Yang Boleh Sangat Kita Buat Sendiri Di Rumah, Lagi Jimat

Share

Menu western beef steak ini kalau makan di kafe bersama keluarga memang agak tinggi modalnya. Kalau rasa setanding harga kita mungkin puas hati tapi kalau tak sedap memang mengecewakan.

Jika nak berbaloi rasanya elok kita belajar buat sendiri beef steak ini. Caranya boleh ikut perkongsian SuiSan Aliezsha. Makan di rumah lagi selesa, nak ratah dengan tangan pun boleh.

Buat sendiri beef steak kalau nak jimat

 

Penyediaan stik dan perapan

1. Sediakan daging batang pinang (hiris nipis/tebal ikut cita rasa masing-masing. Kalau baru nak cuba beli saja daging siap pack (ada jual di pasar raya)

2. Kisar halia, bawang putih, tomato sebiji, sos lada hitam, sos cili & madu bersama air. Kisar berasingan lada hitam & ketumbar

3. Ambil anggaran 2 sudu besar marjerin atau butter. Cairkan butter kemudian masukkan bahan kisar. Masak dengan api sederhana.

4. Selepas mendidih masukkan lada hitam & ketumbar, sedikit garam (saya tak guna gula pasir, manisan saya gunakan madu sepenuhnya.

6. Kemudian perap daging dengan bahan yang telah dimasak untuk beberapa jam. Lagi sedap perap selama sehari.

7. Seterusnya bakar dengan api 180° selama 30 minit ikut oven masing-masing. Nak grill pun boleh.

Penyediaan kentang putar dan sayuran

1. Kentang rebus hingga empuk kemudian lenyek hingga hancur. Campur sekali lada sulah dan lada hitam.

2. Untuk sayurkan boleh celur sayuran seperti brokoli dan lobak merah. Sediakan sekali salad dan timun.

 

Penyediaan sos black pepper

Bahan-bahan
– Sediakan bawang holland & bawang putih (potong dadu halus)
– 1 biji ubi kentang ( potong dan rebus ) nak letak lebih pun boleh
– 2 sudu butter
– Sos blackpepper (saya guna jenama Longsan)
– 1 sudu tepung gandum
– lada hitam (kisar halus)
Cara membuat
1. Masukkan sos blackpepper, kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula sedikit air lalu kisar.
2. Panaskan periuk cairkan butter masukkan bawang kemudian masukkan bahan yang dikisar.
3. Masukkan juga 1 kiub pati ayam. Kacau sampai berkilat. Perasakan ikut cita rasa. Kuah terpulang pada cita rasa sama ada nak pekat atau cair. Kalau nak cair tambah air.

 

Penyediaan beef steak

– Letak daging siap masak atas pinggan bersama kentang putar dan sayur. Kemudian boleh tuang sos di atas daging. Boleh juga sediakan sos black pepper dalam bekas berasingan.

Selamat mencuba.

Sumber: SuiSan Aliezsha

 

Published by
Rose