Ada stok ‘fries’ dalam peti. Dari sekadar goreng cicah sos, baik saya buat begedil. Haa kalau nak guna ubi kentang sebenar lagilah elok ye. Buat sendiri dapatlah campur inti daging banyak-banyak. Fuhhhh, tak boleh nak kata apa dah tahap sedapnya. Begedil daging ni selain sedap dimakan bersama sambal kicap pedas, boleh makan dengan soto juga.
Begedil Daging
Bahan-bahan
– 4 genggam ‘fries’ /
– 6 biji ubi kentang (direbus terlebih dahulu)
– 100 gram daging yang telah direbus (dileraikan)
– 3 biji bebola daging Azmy direbus terlebih dahulu (dipotong kiub/tumbuk)
– 1/4 biji cili benggala merah (diracik)
– 1/4 biji cili benggala hijau (diracik)
– 1/4 biji cili benggala kuning (diracik)
– 2 inci carrot (dipotong kiub)
– 4 tangkai daun sup+bawang (dihiris halus)
– 2 genggam bawang goreng
Cara memasak:
1.Tumbuk kentang sehingga hancur lumat.
2.Satukan semua bahan dalam satu bekas bersama kentang yang telah ditumbuk tadi.
3.Perasakan dengan secubit kecil garam, 1/2 sudu besar serbuk lada sulah, secubit dua perasa Knorr dan secubit serbuk lada hitam.
4.Gaul rata semua bahan. Pecahkan dua biji telur. Gaul lagi.
5.Bulatkan begedil ikut saiz yang disukai. Padatkan bentuknya.
Nampak sedap kan?
Haa kasi love satu kali siapa suka
Credit : Afy AL Habibi