Ada yang teringin nak makan bergedil daging? Selalu sangat beli muak juga rasanya. Apa kata buat sendiri ikut resipi Marina Ismail
Kak M nak share resepi bergedil favorite kak M. So far resepi ni paling best pada tekak kak M. Seriyes, rasa dia sedap sangat tau. Sebenarnya hari ini kak M buat tak ikut sukatan pun. Resepi tu guideline je.

Begedil buat sendiri mestilah best sebab kita boleh letak banyak mana bahan kita nak. Resipi ni berbeza sikit sebab daging kisar digoreng tanpa minyak pastu telur kuning dimasukkan dalam adunan. Jadi mudah melekat dan senang nak kepal.

Begedil Daging

Bahan bahan:
500gm ubi kentang
200 gm daging kisar – goreng tanpa minyak
2 teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup – dihiris halus
1/2 labu bawang besar – dipotong dadu
2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
Garam secukup rasa

Resipi Begedil Homemade Enak Dimakan Begitu Sahaja

IKLAN

Cara cara:
1. Mula –mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.

2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.

3. Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.

IKLAN

4. Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.

4. Guna api sederhana je.

IKLAN

Tip supaya begedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.

Dah jom kita masak nasi plak

kredit resipi:#kakMmasak

Resipi Begedil Homemade Enak Dimakan Begitu Sahaja
Resipi Begedil Homemade Enak Dimakan Begitu Sahaja
Resipi Begedil Homemade Enak Dimakan Begitu Sahaja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI