Bagi anda yang suka makan kuih Bengkang Ubi Kayu, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Biasanya, jika buat kuih ini, parutan ubi kayunya akan diperah. Tapi dengan resipi ni, anda tak perlu perah pun. Hasilnya sangat sedap. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH BENGKANG UBI KAYU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut (opah timbang 4 cawan tu bersamaan dengan 1.2kg lebih kurang
- ubi yang siap diparut)
- 1 cawan gula
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji telur gred A
- 1 sudu makan marjerin – dicairkan
- 1 sudu teh pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Sediakan loyang bersaiz 10×10 inci. Sapu sedikit marjerin.
3. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan-bahan. Sebatikan hingga gula larut.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Masa memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing. ( opah tambah masa 10 minit guna api bawah, kemudian 5 minit guna api atas)
5. Sejukkan kuih kemudian barulah dipotong.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Dapatkan KETUHAR pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Resipi Lepat Pisang Klasik. Kuih Warisan Tok Nenek Dulu-Dulu.
Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Creamy Cheesy Popia Carbonara Rangup & Puas Makan
Sarapan pagi kali hari ini kita buat istimewa sikit. Biasanya jika makan popia yang berinti sayur-sayuran seperti taugeh, lobak merah dan macam-macam lagi kan. Tapi kita buat kelainan dengan letak sos carbonara pula dan rasa lebih sedap.
Gaungan rasa carbonara yang berlemak dan kerangupan kulit popia memang buat berselera. Gorengnya pun kena pandai, supaya isinya tidak bocor.
Creamy Cheesy Popia Carbonara
Bahan-bahan :
Sedikit butter/ marjerin-BELI ONLINE DI SINI
1 tin sos carbonara prego / apa apa jenama
6 batang sosej dipotong dadu
Isi ayam/ ayam cincang/ daging cincang
1/2 bawang Holland *
3 ulas bawang putih *
1/2 batang carrot *
3 keping cheese / kalau ada mozarella cheese pun ok
2 sudu besar tepung gandum yang dibancuh dengan air -BELI ONLINE DI SINI
Sedikit susu segar kalau tak ada guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray/ everyday
Sedikit serbuk lada hitam ajishio/ serbuk lada putih
Garam & serbuk perasa secukupnya
Oregano kering / Parsley kering-BELI ONLINE DI SINI
Cara-cara :
1.Kisar bahan bertanda * untuk pekatkan kuah nanti.
2.Panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang masak seketika.
3.Kemudian masukkan bahan kisar tadi masak sehingga mendidih.
4.Masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar/ susu serbuk dan sos carbonara.
5.Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
6.Masukkan cheese.
7.Masak sehingga kuah menjadi pekat
8.Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley.
9.Biarkan sejuk seketika sebelum balut dengan kulit popia.
10.Selepas balut , goreng dengan api sederhana.
11.Siap untuk dihidang.
Kredit: Saiful Nasuha
INGIN MENUKAR KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Karipap Sardin Tak Perlu Kelim Tepi. Ni Resipi Mudah Untuk Orang Baru Belajar
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Donut memang sedap lebih-lebih lagi jika ianya gebu dan seakan cair di mulut. Fuhhh..Sekeping je tak cukup. Kalau buat kuih ni banyak-banyak, boleh je simpan sejukbeku. Anda nak cuba buat sendiri untuk hidangan suami dan anak-anak? Boleh cuba resipi di bawah ini.
1. DONUT BAKAR ( DONUT MILKY GEBU)
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung high protein
- 1 pek mauripan (11g)
- 3 sudu besar susu tepung
- 3 sudu besar gula castor
- 50gm marjerin (suhu bilik)
- 200ml susu segar (boleh gantikan dgn air suam)
- 50ml whipping cream
- 1 sudu besar shortening (saya guna k-fine)
- 1 sudu teh garam halus
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Adun sebati sehingga doh licin. Masa terpulang pada kekuatan mixer masing-masing. ( Saya mix selama 20 minit dengan kelajuan rendah ke sederhana).
- Rehatkan doh selama 15 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk buangkan angin. Uli sedikit. Kemudian tekap doh menggunakan acuan donut.
- Rehatkan doh yang telah ditekap sehingga naik 2 kali ganda. Jangan terlalu kembang.
- Panaskan oven dan bakar donut pd suhu 170C selama 7 min. (Kaedah ni sama mcm nak buat donut frozen) untuk matikan yis dan untuk mendapatkan permukaan donut yang licin.
- Akhir sekali goreng donut dengan minyak yang panas dan api perlahan. Terbalikkan donut 2 kali sahaja untuk dapatkan lingkaran putih keliling donut.
- Untuk topping, boleh salut dengan gula + susu tepung ATAU topping ala big apple.
Bahan Coklat Ganache:
- 1 cawan whipping cream
- 230gm choclate berlys @ apa-apa coklat masakan
- 1 sudu makan mentega
CARA-CARA:
- Panaskan whipping cream hingga berasap naik mcm wap-wap
- Kemudian masukkan coklat yang telah dipotong halus. Kalau pakai jenis ‘coins’ lagi Kacau sebati sehingga larut. Kemudian masukkan mentega. Kacau sebati. Padamkan api.
- Untuk hiasan, terpulang nak tabur coklat chips, kekacang atau manik-manik ikut citarasa memasing.
Kredit resipi & gambar: Sharifah Norshida Al Sagoff
2. DONUT LABU GEBU
BAHAN A:
- 500gm tepung gandum cap BUNGA ROSE
- 50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
- 20gm susu tepung
- 1/2 sudu besar baking powder
- 10gm instant yis
>>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)
BAHAN B:
- 2 biji kuning telur
- 3gm Ovallate
- 2 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan labu yg dikukus Dan dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
- 150gm air sejuk dari peti ais.
>> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( saya GUNA MIXER. KALAU ULI DGN TANGAN GUNA AIR SUAM )
BAHAN C:
- 50gm shortening / marjerin
- 5gm CREAM SUPER ( yg tak ADA boleh abaikan )
BAHAN D:
- 5gm garam
CARA MEMASAK:
- Gaul rata bahan A hingga sebati.
- Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
- Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
- Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
- Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
- Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
- Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
- Lubangkan adunan donut dengan NOZZLE atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
- Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.
Kredit resipi & gambar: Anita Daniels
3. DONUT ALA BIG APPLE
BAHAN-BAHAN:
- 800gm tepung roti
- 200gm tepung gandum
- 20gm garam
- 120gm gula halus
- 20gm yis
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat
- 480ml air + ais ketul
- 15gm improver
- 80gm marjerin
- 70gm shortening
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kering kecuali garam dan putar sederhana.
- Kemudian masukkan telur berselang seli dengan susu dan air.
- Apabila dah jadi doh masukkan garam, shortening dan marjerin. Putar doh hingga licin selama 25 minit.
- Rehat 5 minit.
- Timbang doh 45gm, bulatkan doh dan rehatkan doh sekali ganda naik kemudian tekan lubang di tengah. Goreng dgn api sederhana. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihias.
TOPPING:
- 300gm Milk coklat beryls @ white choc beryls
- 2 sudu Cocoa butter @ shortening @ marjerin
CARA-CARA:
- Cairkan coklat dan masukkan butter ikut kepekatan yang kita nak. Boleh hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Nurul Ashila Ahmad Sobri
4. DONUT TANPA TELUR
Bahan A:
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis
- 1 cawan air suam
Bahan B:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
Cara-cara:
- Satukan bahan A, dan tinggalkan biar kembang dan buih naik lebih kurang 10 minit.
- Satukan bahan B, ramaskan sampai jadi macam serbuk roti.
- Masukkan bahan A ke dalam adunan B, gaul dengan tangan sampai menjadi satu doh besar.
- Tutup bekas tersebut dengan kain lembab, dan biarkan selama 45 minit hingga sejam.
- Setelah direhatkan, tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian mula la mencanai ikut bentuk yang anda suka.
- Biarkan seketika supaya kembang sedikit dalam 10-20 minit.
- Sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan (or kehitaman? Hehehe).
- Salutkan donut dengan gula halus / serbuk cinnamon / coklat / topping yang anda gemari, atau lubangkan bahagian dalam donut dan paipkan filling kegemaran anda
Kredit resipi & foto: ‘Aishah Jauhara
5. DONUT PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 15 helai daun pandan – kisar dengan 2 cawan air suam. Tapis dan ketepikan
BAHAN BANCUHAN MAURIPAN:
- 1 cawan air kisaran pandan diatas
- 2 sudu makan gula
* Kacau bagi gula larut. - Masukkan 1 paket mauripan – biar berbuih naik
(Masa ni pastikan air kisaran pandan tu suam ya,kalau tidak mauripan tak naik/berbuih banyak)
BAHAN TEPUNG:
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu makan marjerin
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/2 sudu makan Shortening
- Garam secubit
(Gaul semua bahan supaya sebati)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bancuhan mauripan ke dalam adunan tepung.
- Uli doh dan masukkan baki air daun pandan sikit demi sikit.
- Kalau doh lembik masukkan tepung sikit. Kalau doh keras masukkan air lagi.
(Masa ni kena agak-agak. Kalau doh lembut dan tak melekit di tangan ok dah jadi.) - Perap doh 1 jam. Tumbuk-tumbuk dulu bagi keluar angin.
- Lepas tu bulat-bulatkan doh. Susun dalam dulang yang ditabur tepung. Biar 15 minit.
- Tekan doh bagi leper dan buatkan lubang di tengah guna penutup botol.
- Biar doh naik lagi dalam 15 – 20 minit. Sedia digoreng. Salut gula sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nada Ishak
Tercari-cari AIR FRYER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Pasti puas hati.
Nak lebih banyak resipi KUIH MUIH mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kuih Kasturi Sedap & Tepung Salut Yang Rangup
Sedapnya Kuih Kasturi. Rupanya nak buat kuih ini mudah sahaja. Bahan-bahannya sangat ringkas. Ada yang suka makan? Kalau tepung salut tu garing dan rangup, lagi nikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sri Sarimah Helsy ni. Pasti puas hati.
RESIPI KUIH KASTURI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg kacang hijau – beli online disini
1-2 helai daun pandan
Gula secukupnya – beli online disini
Sedikit garam – beli online disini
Kelapa parut secukupnya – jika suka
BAHAN TEPUNG SALUT:
1 sudu makan marjerin – beli online disini
110gm tepung gandum – beli online disini
50gm tepung beras – beli online disini
Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Rendam kacang hijau selama 3-4 jam. Kemudian rebus hingga empuk.
2. Bila kacang sudah empuk, masukkan daun pandan, gula secukupnya dan juga sedikit garam. Gaul dan kacau hingga kering. Angkat dan sejukkan.
3. Jika suka, boleh juga tambahkan kelapa parut. Ada juga yang menambah tepung gandum (empunya resipi guna gula sahaja).
4. Bila adunan kacang telah sejuk, bentukkan menjadi kepingan. Boleh bentuk guna tangan atau cetak guna acuan.
5. Untuk membuat bancuhan tepung, cairkan marjerin dengan memasukkan bekas ke dalam air panas.
6. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Jumlah air agak-agak sahaja. Adun sebati.
7. Ambil kepingan kacang tadi dan celup ke dalam bancuhan tepung. Masukkan terus ke dalam kuali berisi minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
8. Angkat dan toskan minyak. Kuih Kasturi sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sri Sarimah Helsy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Kuah Mee Udang Penang Mari Ikut Resipi Mak. Sedap Tak Terkata!
Resipi Mi Goreng Basah Tauhu Hancur. Sangat Sedap & Tak Guna Telur
Cara Masak Nasi Lemak Pandan, Sambal & Ayam Berempah Paling Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official