Resipi Bergedil Daging Kentang. Penuh Daging & Terlajak Sedap!

Share

Terasa nak makan bergedil tapi tercari-cari resipi yang sangat sedap? Resipi ni mungkin memenuhi citarasa dan selera anda. Jom cuba!

 

BERGEDIL DAGING KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji ubi kentang bersaiz besar
  • 250gm daging cincang
  • 2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
  • 1 labu bawang besar | dicincang halus
  • 1 pokok daun sup | dihiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
  2. Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
  3. Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
  4. Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
  5. Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
  6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.

Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.

Published by
Nur