
Resipi bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, tak kira di bulan puasa, di hari raya atau bila-bila sahaja. Rasanya sedap campuran kentang dan daging membuatkan resipi ni paling sedap pada tekak. Buat sendiri lebih puas hati!
Resipi yang puan ni kongsikan berbeza sedikit sebab daging kisar di goreng tanpa minyak kemudian telur kuning dimasukkan dalam adunan. Jadi adunan mudah melekat dan senang nak kepal dan tak mudah terlerai.

RESIPI BERGEDIL DAGING ENAK YAKMAT
BAHAN-BAHAN:

- 500gm ubi kentang
- 200 gm daging kisar – goreng tanpa minyak
- 2 teh lada sulah-tumbuk lumat
- 1 sudu besar bawang goreng
- 2 tangkai daun sup – dihiris halus
- 1/2 labu bawang besar – di potong dadu
- 2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Mula –mula kupas kentang dan potong sederhana nipis. Basuh dan toskan. Goreng sampai masak, angkat dan toskan. Tumbuk sehingga lumat masa tengah panas. Letak tepi dulu.

2. Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata lepas tu perasakan dengan garam. Pastu masukkan telur kuning. Ambik sikit adunan pastu kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan pulak sedikit. Buat sampai habis.

3. Dalam bekas lain, pukul telur putih. Celupkan setiap begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas.
4. Minyak tak payah banyak sangat, nak tenggelam separuh begedil pun boleh. Tapi kak M suka guna minyak sikit saja sebab guna non-stick pan. Nak gunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk celup pun boleh.

4. Guna api sederhana je. Tips supaya bergedil ni tak pecah, jangan balikkan begedil sampai dia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna dah tukar dan angkat. Insyallah begedil tak pecah, gorengnya pun lawa. Dah masak, angkat dan tos atas tisu dapur. Nak makan dengan soto boleh nak makan camtu aje pun sedap tau.
.
Kongsi resipi: Marina Ismail
https://www.facebook.com/marina.ismailCQ/videos/10156594435713729/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Lauk Pauk Minang Yang Menjadi Kegemaran Ramai.Memang Padu

Sesekali menikmati lauk pauk kenduri memang terasa nikmat. Lebih-lebih lagi dapat merasai lauk pauk yang jarang dihidangkan seperti masakan lauk kampung yang rare,masakan Jawa, Banjar, Minang dan sebagainya.Sudah pasti aroma rasa lauk pauk ini berbeza dan memahat nostalgia buat sesiapa yang merasainya.
Melihat cara hidangan lauk pauk kenduri orang Minang sudah pasti membuka selera.Kalau tak pedas, bukanlah masakan orang Minang.Tidak lengkap hidangan tanpa gulai tunjang atau urat kaki lembu yang dimasak dengan kuah santan pekat dan rempah khas. Rendang Minang, Gulai Ayam Kalio dan Sambal Balado adalah menu wajib lauk kenduri orang Minang. Banyak orang bingung membezakan antara rendang dan kalio. Keduanya hampir sama hanya yang membezakan ialah tekstur kuahnya di mana rendang lebih kering manakala kalio sebaliknya.Maka ada yang menganggap kalio adalah rendang separuh jadi.

JARIANG (JERING) BALADO HIJAU
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak : 1 jam 30minit
Jenis Masakan : rebus & goreng
Keistimewaan: jering tua yang direbus memberi rasa lemak semulajadi yang enak
Anggaran kos: RM75
Info chef: Pilih jering yang tua kerana jering muda cepat pecah bila ditumbuk
Bahan-bahan A:
3kg jering tua
2.5 liter air
12 helai daun salam
12 batang serai
15 biji buah keras | kisar
Bahan-bahan B :
1kg cili hijau
1kg cili padi hijau
2kg tomato hijau
1kg bawang merah
500gram bawang putih
Bahan-bahan C:
10 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Rebus jering bersama daun salam, serai, buah keras dan air hingga air hampir kering.
2. Angkat jering dari periuk lalu tumbuk sedikit kemudian digoreng dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
3. Kukus semua bahan-bahan C hingga layu lalu kisar kasar.
4. Di dalam kuali, panaskan 500ml minyak. Tumis bahan-bahan B hingga harum. Tambah air asam, garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan jering tadi dan gaul sebati. Hidangkan.

GULAI KAMBING MINANG
Saiz hidangan – 50orang
Waktu memasak : 1 jam -1 jam 30 minit
Jenis Masakan : bersantan
Keistimewaan: rempah ratus yang meresap dalam masakan menjadikan makanan bertambah enak
Anggaran kos: RM200
Info chef: selain guna bahagian daging kambing, boleh juga guna bahagian tulang kambin
Bahan-bahan:
5kg daging kambing | potong kecil
3kg santan pekat
10 batang serai | dititik
10 helai daun salam | siat
1kg cili kisar
20 sudu makan kerisek
Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan B:
2kg bawang merah
1kg bawang besar
500gram cili padi
15 batang serai
50gram lengkuas
50gram kunyit hidup
Cara memasak:
1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
2. Panaskan 1 liter minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B beserta cili kisar dan serai hingga masak dan pecah minyak.
3. Masukkan daging kambing, separuh santan, daun salam dan sedikit air. Didihkan hingga daging empuk.
4. Masukkan lebihan santan dan kerisek. Didihkan lagi hingga kuah pekat dan semua bahan sebati.
5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

DAGING GORENG TUMBUK PADANG
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Masakan: bergoreng
Keistimewaan: pembuka selera dan tahan lama tanpa disimpan dalam peti sejuk
Anggaran kos: RM200
Bahan-bahan :
4kg daging
1kg cili kering | rebus & toskan
1kg bawang besar
600gram bawang putih
2 botol sederhana kicap manis
10 sudu makan gula
10 sudu makan air asam jawa
50gram belacan
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Hiris daging nipis sederhana besar lalu perap bersama kicap manis selama sejam.
2. Panaskan minyak yang agak banyak di dalam kuali. Goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga garing. Kemudian tumbuk daging yang telah digoreng tadi sekeping-sekeping supaya menjadi lembut. Ketepikan.
3. Sementara itu, cili kering, bawang besar dan bawang putih ditumbuk kasar.
4. Tumiskan bahan-bahan tumbuk menggunakan lebihan minyak menggoreng daging tadi. Tumis hingga naik bau dan masak.
5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan daging tumbuk lalu kaup-balikkan sebati. Hidangkan.

KALIO AYAM PADANG
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak : 1 jam- 1 jam 30 minit
Jenis Masakan : tumis dan reneh (slow cooking)
Keistimewaan: lemak pedas dan boleh dihidang dengan pelbagai sumber karbo; nasi, roti, lemang, ketupat
Anggaran kos: RM200
Info chef: Guna ayam kampung lebih sedap kerana tekstur ayam kampung tak mudah hancur ketika proses memasak yang agak la
Bahan-bahan A:
5 ekor ayam | potong kecil
4kg santan pekat
8 sudu makan kerisek
10 helai daun salam
10 batang serai | titik
6 batang kulit kayu manis
15 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (kisar):
1kg tangkai cili kering | rebus & toskan
1kg bawang merah
500gram bawang putih
100gram lengkuas
100gram halia
50gram kunyit hidup
Cara memasak:
1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
2. Panaskan 500ml minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, serai dan bahan-bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, santan, kerisek dan daun salam. Didihkan hingga ayam empuk (jika kuah terlalu pekat boleh tambah sedikit air) lalu masak hingga semua bahan masak sebati.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

KARE (KARI) AYAM MINANG
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak: 1 jam – 1 jam 30 minit
Jenis Masakan: tumis & reneh (slow cooking)
Keistimewaan: rasa rempah kisar yang sedap dalam masakan memberi kelainan tidak seperti kari India.
Anggaran kos: RM225
Info chef: Sebaik-baiknya guna ayam kampung atau ayam tua supaya tak mudah hancur.
Bahan-bahan:
5 ekor ayam | potong kecil
2kgl santan cair
2kg santan pekat
2kg ubi kentang | potong dadu
10 helai daun limau purut
10 batang serai | titik Bawang goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B:
30 tangkai cili kering | rebus & toskan
50 biji cili padi merah
1kg bawang merah
500gram bawang putih
50gram lengkuas
15 biji buah keras
10 sudu makan ketumbar
10 sudu teh jintan manis
Cara memasak:
1. Kisar bahan B menjadi pes yang lumat.
2. Ayam direbus hingga separuh empuk dan ketepikan.
3. Di dalam kuali, panaskan 5 senduk minyak lalu tumis bahan-bahan B yang telah dikisar bersama serai dan daun limau purut hingga wangi dan pecah minyak.
4. Tuang santan cair bersama ubi kentang lalu didihkan hingga ubi kentang empuk.
5. Masukkan ayam yang telah direbus bersama santan pekat. Didihkan dengan api yang sederhana dan masak hingga semua bahan masak sebati.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
7. Apabila telah masak sempurna, tabur bawang goreng diatasnya.

PARU BALADO MERAH
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak: 1 jam – 1 jam 30 minit
Jenis Masakan: rebus & goreng
Keistimewaan: selain dijadikan lauk, boleh juga dijadikan cemilan
Anggaran kos: RM200
Info chef: Selain paru, boleh juga guna hati/limpa
Bahan-bahan:
4kg paru | rebus empuk & hiris nipis
50 biji cili merah | tumbuk kasar
20 biji cili padi merah | tumbuk kasar
10 batang serai | titik
1kg bawang besar | mayang halus
1kg bawang merah | tumbuk lumat
500gram bawang putih | tumbuk lumat
200gram serbuk kunyit
10 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Paru yang telah direbus empuk dan dihiris ditabur sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan lima senduk besar minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serai beserta cili merah dan cili padi tumbuk lalu tumis lagi hingga cili masak.
3. Masukkan bawang besar, air asam dan paru goreng.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sebati.

RENDANG DAGING MINANG
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak : 1 jam – 1jam 30 minit
Jenis Masakan : reneh (slow cooking)
Keistimewaan: hidangan yang versatile, boleh dipadankan dengan lemang, Nasi, ketupat dan pulut kuning
Anggaran kos: RM 225
Info chef: Guna bahagian daging yang agak kenyal dan potong sederhana
Bahan-bahan:
5kg daging | potong kecil
4kg santan pekat
2kg santan cair
15 sudu makan kerisek
800ml minyak
10 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
12 helai daun salam | siat-siat
15 helai daun limau purut | siat-siat
Bahan-bahan B (kisar):
1kg cili kering
1kg bawang merah
500gram bawang putih
300gram cili padi merah
12 batang serai
50gram lengkuas
50gram halia
15 biji buah keras
30gram kunyit hidup
Cara memasak:
1. Kisar bahan-bahan B hingga menjadi pes yang lumat.
2. Lumurkan separuh pes dari bahan B ke atas daging yang telah dipotong lalu diperap selama sejam.
3. Di dalam kuali panaskan santan cair bersama separuh santan pekat hingga hampir mendidih.
4. Masukkan separuh lagi bahan B lalu masak hingga mendidih.
5. Masukkan daging yang telah diperap dengan sebahagian bahan B, daun limau purut, daun salam dan separuh lagi santan pekat. Didihkan hingga daging empuk dan kuah pekat (rendang hendaklah sentiasa dikacau dengan api yang sederhana, lebih kurang 2-3 jam).
6. Masukkan lebihan santan, minyak, kerisek dan air asam jawa lalu didihkan lagi hingga kuah benar-benar pekat tetapi tidak terlalu kering dan terbit minyak.
7. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Info chef: Boleh juga guna ikan tamban masin sebagai ganti ikan bilis
Info chef: gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang atau sirloin.

BALADO BILIS KENTANG
Saiz hidangan – 50 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Masakan: bergoreng
Keistimewaan: hidangan sampingan yang sedap di makan begitu sahaja
Anggaran kos: RM100
Bahan-bahan:
3kg ubi kentang | hiris wedges
2kg ikan bilis
2kg bawang besar | mayang halus
1kg cili merah | tumbuk kasar
1kg bawang merah | tumbuk lumat
1kg ulas bawang putih | tumbuk lumat
10 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ubi kentang dan ikan bilis digoreng garing. Ketepikan.
2. Panaskan lima senduk minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan pes cili tumbuk dan tumis lagi hingga cili masak.
3. Masukkan bawang besar, air asam dan semua bahan-bahan goreng.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kaup-balikkan sebati.
RESIPI: CHEF SUE M.ARUKIN
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI
Set Nasi Karot Bersama Opor Daging. Licin DiMakan Di Hari Lebaran
Resipi Pulut Dakap Sedap & Rendang Ayam Padu. Kalau Teringin, Boleh Cuba.
Lemak Berkrim, Pedas Pedas Manis, Corn Ribs Viral Ini Berbaloi Cuba

Hidangan viral memang ada musimnya, terbaru yang lalu lalang di media sosial kita adalah corn ribs. Ramai yang kata sedap, rasa lemak berkrim dengan pedas-pedas manis.
Bagi yang teringin nak merasa keenakan corn ribs ini bolehlah cuba buat sendiri menggunakan perkongsian Mimi Mahmud.
Cara buat corn ribs

Bahan-bahan
Jagung segar
Air
Bahan sos
Mentega
Bawang putih dan bawang merah -dicincang
Susu segar
Parsley
Susu pekat
Serbuk cili
Chili flakes
2 keping keju

Cara membuat:
1. Jagung segar dibuang daun dan dipotong dua. Kemudian belah empat jagung tadi.
2. Masukkan air dalam periuk dan rebus jagung selama 3 minit saja.

3. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masuk satu sudu serbuk cili.
4. Masukkan susu pekat,susu segar, 2 keping keju

5. Masak sehingga sedikit pekat, masukkan cili flakes, parsley dan sedikit garam. Kacau.
6. Akhir sekali masukkan jagung dan gaul sebati. Taburkan daun parsley sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba.
Sumber: Mimi Mahmud
3 Puding Ini Meletop Sedapnya, Wajib Cuba.

Kalau anda bercadang untuk membuat puding hujung minggu ini sebagai juadah berbuka puasa, mungkin resipi tiga jenis puding yang RASA kongsikan ini membantu menyediakan variasi baru puding yang pasti disukai oleh ahli keluarga atau tetamu yang datang berbuka di rumah anda.

PUDING CHOCOLATE MATCHA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN COKLAT:
1 paket agar-agar coklat
1/3 paket jelly plain
60gm gula | boleh kurang atau tambah
20gm serbuk koko
400ml susu cair
250ml air
BAHAN MATCHA:
2 paket agar plain
2/3 paket jelly plain
15gm serbuk matcha | boleh kurang atau tambah
150gm gula pasir
750ml susu cair
550ml air
CARA MEMBUAT:
- Tuang semua bahan dalam periuk, kacau rata.
- Nyalakan api kecil, masak sambil kacau hingga mendidih.
- Tuangkan ke dalam acuan dan tinggalkan sedikit untuk hiasan.
- Ketepikan, biarkan puding keras.
- Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau rata, dan nyalakan api kecil sambil kacau hingga mendidih.
- Percikkan lebihan puding coklat tadi dengan whisk dalam acuan, tunggu sekejap hingga beku.
- Tuangkan perlahan-lahan puding matcha sehingga 1/3 acuan. Biarkan beku.
- Baru letakkan puding coklat di atasnya, kemudian tuang lagi lebihan puding matcha hingga habis (menjadikan bahagian coklat di tengah puding).
- Biarkan beku, masukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
by @ciciliachens

PUDING KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN KACANG HIJAU:
300gm kacang hijau yang sudah direbus
500ml air
50gm gula pasir
1 paket jelly plain
LAPISAN KRIMER:
50gm serbuk krimmer serbaguna
500 ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/2 paket serbuk agar-agar plain
LAPISAN GILA MELAKA:
50gm gula melaka yang sudah dihancurkan
1 sudu makan gula pasir
500ml air
1/2 paket serbuk agar-agar plain
CARA MEMBUAT:
- Mulakan dengan lapisan kacang hijau. Masukkan semua bahan, kecuali kacang hijau. Kacau rata dan renehkan atas api pelahan hingga mendidih.
- Masukkan kacang hijau yang telah direbus tadi. Kacau sekejap dan tuangkan dalam acuan. Ketepikan dan biarkan ia keras.
- Seterusnya sediakan bahan lapisan krimmer. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau dan renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga mendidih. Tutup api.
- Cucuk dengan garpu pada permukaan kacang hijau yang telah keras dan perlahan-lahan tuangkan bahagian krimmer. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- Akhir sekali sediakan bahan gula melaka. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga mendidih.
- Cucuk dengan garpu pada permukaan krimer dan pelahan-lahan tuangkan bahagian gula melaka. Biarkan sejuk.
- Simpan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
By : @retnaningdhumilah

PUDING KEJU OREO
BAHAN-BAHAN:
BAHANA OREO (BAHAGIAN BAWAH LOYANG):
1 bungkus oreo/133gm | hancurkan
2 sudu makan mentega | cairkan
BAHAN PUDING OREO KEJU:
100gm keju craft | cincang kasar
2 keping roti tawar | carik-carikan
3 sudu makan gula pasir | boleh kurang atau tambah
1 sudu makan tenpung jagung
1 paket serbuk agar-agar | lebih kurang 7gm
120gm susu pekat manis + dengan 750ml air
6 keping oreo | hancurkan
BAHAN TOPPING:
4 keping oreo | hancurkan
2 keping oreo
Buah cerry
CARA MEMBUAT:
- Semua bahan dicampur daaan gaul rata. Kemudian masukkan dalam loyang dan tekan-tekan hingga mampat lebih kurang 15cm. Simpan dalam peti sejuk.
- Sementara itu, masukkan semua bahan puding oreo keju dalam blender, kecuali oreo yang sudah dihancurkan tadi.
- Tuang dalam periuk dan renehkan atas api perkahan sambil kacau supaya tidak berketul.
- Setelah mendidih, bahagikan kepada dua bahagian sama banyak.
- Salah satu adunan tambah dengan oreo yang telah dihancurkan. Kacau rata.
- Kemudian tuankan dalam loyang secara berselang seli kedua-dua bahagian puding hingga habis.
- Masukkan dalam peti sejuk, setelah keras taburkan atasnya dengan bahan topping, iaitu oreo yang telah dihancurkan dan letakkan kepingan oren dan buah cerry di atasnya jika suka.
By @yulichia88

