
Bergedil Daging jika kita beli di luar harganya agak mahal, lagi-lagi kalau Bergedil Daging. Kadang-kadang banyak rasa ubi je, ayam atau dagingnya tak terasa pun. Mari buat sendiri Bergedil Daging. Boleh letak lebih daging. Puas makan. Berikut resipi cara buat Bergedil Daging yang dikongsikan oleh Koleksi Resipi Puan Puan Sharifah Shaari. Selamat mencuba!
RESIPI BERGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN:
500 gm ubi kentang. Dikupas dan hiris setebal 1/2 sm –BELI ONLINE
100 gm daging pejal
1 biji bawang besar (dimayang)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
1 sudu teh serbuk lada hitam –BELI ONLINE
2 biji telur
Garam secukup rasa –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kentang dan bawang. Potong daging kasar.

2. Masukkan daging dalam pengisar dan kisar. Jika tiada pengisar, cincang sampai lumat.

3. Masukkan ubi, bawang, garam dan serbuk lada hitam. Bagi beginners, masukkan setengah biji telur supaya tak mudah pecah semasa dibalikkan ketika menggoreng. Kisar.

4. Keluarkan adunan dan gaul sebati dengan daun bawang.

5. Bentukkan bulat dan leperkan.


6. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak banyak di atas api sederhana. Balikkan dan angkat. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Koleksi Resipi Puan Puan Sharifah Shaari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikut Petua Mak, Masak Sayur Lemak Kena Letak Bahan Tumbuk Ni Supaya Lagi Umppp
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Rendang Tok Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Rendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara. Rendang Tok sedap dimakan bersama lemang, ketupat nasi, ketupat mulut dan nasi putih. Ratah begitu sahaja pun sedap. Kaedah memasak Rendang Tok, ia dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam. Jom kita buat Rendang Tok mebgikut resipi seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has
RESIPI RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging
4 biji bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar –BELI ONLINE
3 batang serai – kisar
1 inci halia – kisar –BELI ONLINE
1 inci kunyit hidup – kisar – BELI ONLINE
1 inci lengkuas – kisar – BELI ONLINE
2 biji buah keras – kisar – BELI ONLINE
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam- BELI ONLINE
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis –BELI ONLINE
1/2 sudu besar serbuk jintan putih –BELI ONLINE
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
1 keping asam keping
1/4 ketul gula melaka
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 helai daun kunyit

CARA MEMBUAT:
1. Gaulkan daging dengan bahan kisar serta serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis. Gaul sebati. Perapkan sekejap. Lagi lama lagi bagus sebenarnya untuk rempah meresap elok ke dalam daging.



2. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan (bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang)

3. Masukkan daging yang telah diperap tadi.

4. Masukkan pula serbuk lada hitam.
5. Masuk sekali cili kisar.

6. Gaul sebati dan biarkan mendidih serta pecah minyak.

7. Bila sudah pecah minyak, masukkan pula gula melaka.

8. Bila rendang sudah sedikit kering, masukkan asam keping. Gaul sebati biarkan reneh di atas api.

9. Bila sudah bertukar warna, masukkan pula santan.

10.Biarkan lagi mendidih dan sedikit kering sebelum masukkan kerisik.

11. Gaul sebati dan tunggu hingga rendang kering.

12. Bila sudah kering. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris.

13. Gaul sebati dan biarkan hingga betul-betul kering serta warna bertukar menjadi kehitaman.
14. Perasakan dengan garam dan siap untuk dihidang.
Sumber kredit: Kuali Kak Has
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Enaknya Pisang Karamel Bersos Kastard Nanas, Cukup Rasa Lemak, Manis & Berkrim
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
4 Resipi Masakan Asli Terengganu Yang Mempunyai Keunikan & Keenakan Tersendiri!

Setiap negeri di negara kita tentunya mempunyai hidangan tertentu yang dianggap istimewa, termasuklah negeri Terengganu Darul Iman, Selain terkenal dengan nasi dagangnya, terdapat pelbagai lagi masakan asli Terengganu yang khas dihidangkan terutama pada hari perayaan atau majlis kenduri. Tentunya dapat menambat selera para tetamu yang bertandang.
GULAI KERUTUK KAMBING

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing |potong ikut citarasa
- 5 sudu makan rempah kerutuk
- 1 sudu makan rempah kari
- 1/2kg santan
- 3 biji ubi kentang|potong empat
- 2 labu bawang besar
- 4 biji lada besar hijau
- 1 keping gula melaka
- 2 sudu makan kerisik
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN TUMIS:
- 1/2 biji bawang besar |hiris halus
- 2.5cm halia |hiris halus
- 2 ulas bawang putih |hiris halus
- 2 batang serai| dititik
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 0.75cm halia
- 0.75cm lengkuas
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga hingga naik bau.
- Setelah itu masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.Masukkan rempah kerutuk dan rempah kari. Biarkan rempah betul-betul masak. Jika terlalu kering atau seperti hendak hangit, tambah sedikit air atau minayk masak. Kacau sekata.
- Apabila pecah minyak, masukkan daging kambing yang telah dipotong dan kacau agar daging sebati dengan bahan tumisan.
- Masukkan santan, gula Melaka dan kerisik. Biarkan mendidih. Biarkan daging mereneh dalam anggaran tempoh ½ jam.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.
- Masukkan ubi kentang, bawang besar dan lada hijau. Masak hingga kuah pekat atau pecah minyak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Daging kerutuk ini sedap dimakan dengan apa-apa nasi seperti nasi minyak/ kebuli atau nasi putih sahaja. Kuah kerutuk ini lebih sedap jika dipanaskan semula.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa rempah ratus
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
NASI KEBULI STAIL TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan rempah
- 1 biji bawang besar|mayang
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Sedikit minyak/ planta untuk menumis
- 5cm halia|titik
- Garam secukupnya
BAHAN UNTUK AIR REBUSAN REMPAH:
- 2 batang kayu manis
- 5 biji cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 sudu makan lada hitam
- 3 sudu makan ketumbar
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat air rebusan rempah; rebus air dengan rempah ratus sehingga air bertukar warna perang gelap. Anggaran 30 minit. Tetapi lagi
- Untuk memasak nasi; Tumis kulit kayu manis, bunga cengih, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan hirisan bawang besar sehingga bertukar keperangan dan letakkan daun pandan.
- Selepas itu, masukkan air rebusan rempah tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tunggu hingga mendidih baru masukkan beras. Kacau seketika dan tutup periuk. Masak hingga nasi masak sepenuhnya.
Info chef: Nasi yang dimasukkan apabila air sudah mendidih akan lebih cantik dan berderai.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : rasa nasi yang penuh aroma dan perisa
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20
SAMBAL IKAN DAN KELAPA STYLE TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji kelapa parut | sangai tanpa minyak sampai garing keperangan
- 1/2 kilo ikan selayang/ kembung | rebus dan ambil isi ikan sahaja
- 3 batang serai | hiris halus
BAHAN UNTUK TUMBUK:
- 5 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2.5cm halia
- Sedikit gula Melaka dan garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam kelapa yg telah disangai.
- Goreng kesemuanya menggunakan api kecil sampai kering.
- Perasakan dengan gula melaka dan garam secukup rasa. Sambal lebih sedap kalau sedikit manis.
- Sejukkan dan kisar/ tumbuk kasar.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama lemang dan ketupat.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Berlemak dan agak manis
Jenis masakan : Sambal kering
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM20
GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan aye/ tongkol hitam (lebih kurang 1 kg)
- 1/2kg santan
- 3 sudu makan cili kering kisar |tambah jika suka pedas
- 3 sudu makan rempah gulai ikan Nasi Dagang (Terengganu)
- 2 keping asam keping
- 2 sudu makan gula melaka/gula atau secukup rasa
- 10 biji cili api
- 6 – 7 biji belimbing buluh (jika ada)
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2.5cm halia
- 2.5cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan santan dan masak sehingga hampir pecah minyak.
- Masukkan ikan yang direbus, asam, gula Melaka dan garam secukup rasa. Terus mereneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
- Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renehkan sehingga agak pekat dan pecah minyak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk lebih enak, ikan aye/tongkol direbus dahulu bersama sedikit garam, hirisan bawang merah, bawang putih dan asam gelugur. Biarkan semalam dan keesokan hari baru digulai. Seeloknya gunakan ikan tongkol/aye hitam kerana teksturnya lebih kenyal.
Saiz hidangan: 5-8 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak berempah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM30
Selamat mencuba!
“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam

Kalau makan di kedai Thailand atau kedai tomyam, sajian Daging Masak Merah, tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu yang enak yang menjadi pilihan ramai. Namun di musim PKP ni, agak sukar untuk keluar bersama keluarga dan menikmati sajian kegemaran ini. Tapi jangan bimbang, anda boleh masak sendiri menu ni di rumah. Sama rasanya. Malah lebih jimat tau. Jom cuba. Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Pasti anda sukakan rasanya.
RESIPI DAGING MERAH ALA KEDAI SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. (jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
- 3 sudu makan cili kisar (beli online disini)
- 3 sudu makan sos cili (beli online disini)
- 3 sudu makan sos tiram (beli online disini)
- 6 ulas bawang putih – diketuk
- 8 biji cili padi merah
- 5 helai daun limau purut
- 1 biji bawang holland (beli online disini)
- 1 batang lobak merah
- 1 biji lada benggala merah
- Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
- Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
- Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
- 1 biji tomato
- 1 cawan air
- Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
- Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.

2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.

3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.

4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.

5. Masukkan air.

6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.

7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.

8. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zetty Azikin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gaul-Gaul Je Dah Siap. Kerabu Bayam Brazil Ni Memang Sangat Sedap
Resipi Daging Bakar Rimau Menangis Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Mertua Kongsi Petua Buat Cucur Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan. Begini Caranya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

