Pernah cuba Bergedil Pucuk Ubi? Biasanya Bergedil dihasilkan menggunakan ubi kentang, tempe, isi ayam atau ikan. Tapi kali ini resipi perkongsian saudari Ain Farhana agak istimewa dan lain macam. Guna pucuk ubi! Nampak sangat sedap dan membuka selera. Katanya menu ini pasti disukai ramai. Makan pula dengan ikan kering atau ikan pekasam goreng. Memang terbaik. Jom cuba.
4 biji telur 1 sudu makan sos ikan – beli online disini Sedikit perahan lemon
CARA MEMASAK BERGEDIL PUCUK UBI:
1.Bersihkan pucuk ubi dan asingkan batang kerasnya.
2. Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk dan masukkan garam secukupnya. Rebus hingga masak. Garam dimasukkan bertujuan untuk membuang getah.
3. Bila pucuk ubi sudah masak dan hijau begini, angkat, toskan airnya dan basuh dengan air sejuk. Tapiskan dan tekan-tekan sedikit bagi mengurangkan air.
Ads
4. Gunting atau hiris pucuk ubi yang direbus tadi supaya lebih halus. Ia bertujuan bila dimakan, terasa lebih lembut. Malah ia juga bertujuan untuk elak pucuk ubi terburai bila dikepal nanti.
5. Satukan bahan-bahan B dan tumbuk hingga semua bahan mesra.
6. Hasil selepas ditumbuk. Tidak halus sangat, tidak kasar sangat. Sedang-sedang sahaja. Boleh kisar tapi jangan campur air.
7. Campurkan bahan B yang sudah ditumbuk tadi dekat pucuk ubi yang sudah digunting halus. Gaul mesra.
Ads
8. Selepas digaul kedua bahan tadi, perah air yang ada dekat pucuk ubi tu. Kepal-kepalkan anggaran segenggam penumbuk. Kemudian leperkan dengan cantik.
9. Rupa pucuk ubi yang sudah dikepal.
10. Untuk membuat bancuhan salutan telur, satukan bahan C. Perahan lemon boleh digantikan dengan perahan limau atau cuka. Garam tidak perlu kerana sos ikan telah masin. Pastikan telur dipukul sampai berbuih supaya nanti boleh membentuk tekstur rangup bila digoreng.
11. Panaskan minyak dalam kuantiti sederhana, celup kepalan pucuk ubi ke dalam bancuhan telur dan goreng hingga keperangan dan garing.
Ads
12. Bergedil Pucuk Ubi siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Nak makan apa dinner nanti? RASA kongsikan resipi masak lemak pucuk paku dengan udang. Lauk ini memang cukup lengkap. Ada udang dan ada sayur. Kuahnya pula pedas-pedas lemak. Jadi kalau tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba maska lauk ni ye.
MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN
2 batang serai | dititik
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris
10 ekor udang sederhana besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA MEMBUAT
1. BAHAN KISAR dikisar halus dan masukkan dalam periuk.
2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum.
3. Masukkan udang.
4. Tambahkan air jika kuah kering.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan santan
7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku.
8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Bendi goreng crispy ini boleh jadi idea untuk hidangan bendi selain dicelur atau digoreng.
Bila digoreng garing dengan salutan tepung yang ringan dan rangup, sayur ini terus jadi kegemaran ramai bahkan boleh buat yang tak suka sayur pun boleh jatuh hati!
Rasa bendi yang manis semula jadi dipadankan pula dengan tekstur crispy di luar dan lembut di dalam, memang enak. Resipi ini pun mudah dan bahan pun biasa-biasa saja.
Sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga atau sebagai snek petang hari. Bila dah buat sekali, selalunya akan repeat buat berkali-kali!
1. Bersihkan bendi, keringkan betul-betul. Kemudian belah empat.
2. Gaulkan bendi dengan tepung gandum hingga menyaluti semua bahagian. Ketepikan seketika.
3. Dalam mangkuk satukan telur, garam, tepung gandum, tepung beras dan air. Kacau rata menjadi adunan.
4. Ambil bendi lalu gaulkan denga adunan tadi satu persatu. Kemudian tabur tepung Bestari.
5. Panaskan minyak dan goreng bendi hingga nampak garing. Angat dan tos.
TIP EKSTRA
Gandakan sukatan bahan jika kuantiti bendi banyak.
Pastikan bendi betul-betul kering sebelum disalut tepung, ini penting untuk elakkan minyak meletup dan pastikan salutan melekat cantik.
Tepung beras memberi tekstur ringan dan rangup. Jangan tinggal!
Tepung goreng Bestari atau sebarang tepung crispy memberi rasa lebih sedap dan hasil gorengan kekal rangup lebih lama.
Jangan goreng terlalu banyak sekali gus, supaya minyak kekal panas dan bendi tak lembik.
Bendi goreng crispy ini sesuai dihidang bersama nasi panas, lauk berkuah atau dinikmati begitu saja sebagai snek. Anak-anak pun suka sebab rasa rangup macam makan jejari goreng!
Asyik dengan menu lauk pauk, ini RASA kongsikan dua menu sayur kampung yang dari dulu sampai sekarang diminati. Ia tidak pedas dan sesuai juga untuk anak-anak. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resipinya, sangat mudah disediakan tak sampai 20 minit ye…
KUBIS BULAT MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
350gm kubis |dihiris nipis
1 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
10gm suhun | direndam
10gm fucuk |direndam
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kubis yang telah dihiris nipis. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan sedikit garam. Kacau sekata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
PUCUK MANIS KELEDEK MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
450gm pucuk manis
2 biji keledek |potong kiub
1 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campur air bersama santan dan panaskan di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan daun kunyit.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian masukkan pucuk manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Bairkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!