Tak tahu nak masak apa untuk makan malam? Hidangan Bihun Bakso ni antara yang boleh dicuba. Resipinya sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan. Malah menurut saudari Nur Haziqah, resipi kuah bakso ni diperolehi dari seorang youtuber Indonesia. Pasti sedap! Jom cuba.
CARA MASAK BIHUN BAKSO INDONESIA PALING SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- Bihun – dicelur
- Kubis – dihiris
- Daun sup – dihiris
- Bawang goreng
- Sos cili
BAHAN KUAH:
- Bebola daging – beli yang siap dihasilkan
- 2 liter air
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras – tumbuk terlebih dahulu
- 2 inci halia
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
3. Tambahkan bebola daging dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
BAHAN SAMBAL KICAP:
- 10 biji cili padi
- 5 ulas bawang putih
- Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian masak hingga pekat.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan bihun, kubis, daun sup, bawang goreng dan sos ke dalam mangkuk.
2. Sendukkan kuah dan bebola daging dengan secukupnya.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Haziqah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI