Bihun Goreng Kampung begini memang sedap dan membuka selera. Tidak menggunakan banyak bahan masak, ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan digemari ramai. Sangat mengenyangkan. Bagi anda yang menggemari sajian bihun goreng, resipi perkongsian saudari Adilah Razak ni memang patut dicuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. 2. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk. 3. Masukkan pula cili kisar dan udang. 4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan kacau. 5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Sebatikan. 6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. 7. Kacau hingga sebati dan rata kemudian masukkan pula sayur. 8. Apabila bihun sudah kering dan masak, bolehlah dimasukkan hirisan cili. 9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.
Di musim buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis dan sebagainya ni, pasti ada diantara kita yang terlebih makan. Akibatnya, badan rasa sakit-sakit dan berangin. Salah satu cara untuk melegakan rasa tidak selesa ini adalah dengan memakan halia. Paling mudah adalah dengan mencampurnya dalam masakan lauk pauk harian. Jom cuba! Pasti rasa lega.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepak ayam
4 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit sos makanan laut ( seafood sauce) – boleh ganti dengan sos tiram
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
1 keping asam gelugur
2 pokok daun bawang – potong memanjang
2 biji cili merah -hiris
1 biji tomato – potong
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga garing.
Kemudian masukkan kepak ayam. Kacau.
Tambahkan sos makanan laut ikut citarasa. Kacau rata dan tambah air.
Masukkan serbuk lada hitam serta asam gelugur. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam masak.
Tabur lada merah, daun bawang dan tomato. Kacau seminit. Padam api.
Fikir apa resipi paling mudah untuk disediakan untuk sekeluarga makan? Mudahkan kerja buatlah masakan ini, Ayam Masak Kicap, sekeluarga gerenti suka dan berebut nak . Boleh ikut resipi oleh Mieza Famiza ni.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Minyak(untuk goreng dan tumis kuah)
Kunyit(untuk gaul ayam)
Garam(untuk gaul ayam)
Serbuk cili/cili kering kisar(saya guna serbuk cili ,senang dan cepat)
Kicap lemak Manis/Manis
Kicap pekat
3-4 sudu besar sos tiram
2-3 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia
Hiasan:
Bawang besar
Cabai Melaka/Cabai Merah(untuk hiasan)
Daun Sup(kalau ada)
Bahan kisar:
Kisar hingga halus (bawang besar, bawang putih, halia)
Cara memasak:
1.Gaul ayam dengan kunyit dan garam,kemudian goreng jangan terlalu garing nanti keras. Kemudian ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi kemudian masukkan sikit serbuk cili(jangan terlalu banyak, nanti pedas)masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan takut nanti cepat hangit.
3.Masukkan ayam digoreng tadi, sos tiram, kicap lemak manis.
4.Gaul sekata, kemudian hiris bawang besar, cili melaka dan cili merah untuk hiasan
5.Siap untuk dihidang.
India bukan hanya meriah dengan destinasi pelancongan menarik tetapi negara ini juga kaya dengan pelbagai jenis makanan dari hotel lima bintang ke gerai-gerai di tepian jalan. Enak dengan berbagai cita rasa, warna warni dengan harga yang murah, biarpun kebanyakan rasanya kaya dengan rempah ratus dan sedikit pedas, ia tetap sedap. Anda yang ingin mencuba, berikut menu jalanan India dan Pakistan.
CHOLE BHATURE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KUAH KACANG KUDA :
2 cawan kacang kuda | rebus hingga empuk
2 sudu makan minyak masak
3cn kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga cengkih
1 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
3 biji buah pelaga
1 Bay leaf
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh jintan jintan putih
Garam secukup
1 cawan bawang besar | potong dadu kecil
1 cawan tomato | potong dadu kecil
1 sudu teh pes halia
1 sudu teh pes bawang putih
1 sudu jus limau nipis
2 biji cili hijau | cincang
1 sudu makan mentega
BAHAN ROTI:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering | bancuh dengan sedikit air suam
Secubit garam
Air ikut keperluan
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan Chole Bhature, panaskan sedikit minyak masak.
Menggunakan api sederhana umis daun bay, kulit kayu manis, biji jintan putih, bunga cengkih, lada hitam dan buah pelage hingga wangi.
Seterusnya masukkan bawang besar yang telah dicincang, tumis hingga keperangan masukkan pula pes bawang putih dan halia.
Setelah sekata, tambah dengan serbuk kunyit, cili, ketumbar dan jintan putih.
Kacau seketika, masukkan pula sedikit air.
Selepas 1-2 minit masukkan rebusan kacang kuda bersama air rebusan.
Biarkan mereneh seketika, masukkan, cili hijau, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah mereneh hingga kacang kuda empuk. Tambah air jika perlu.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan roti, campurkan bersama garam halus, gaul rasa.
Masukkan bancuhan yis gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Uli hingga menjadi doh lembut. Rehatkan 15 minit.
Bulat-bulatkan doh, kemudian canai menjadi leper.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
Goreng roti hingga keperangan.
Setelah siap, hidangkan roti bersama kuah kacang kuda.
KANDA BHAJI
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji bawang besar | hiris
1 /2 cawan daun ketumbar | cincang halus
1 cawan tepung kacang kuda
2 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh biji karom/ajwain
Secubit garam
Secuit soda bikarbonat | jika suka
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung beras, serbuk cili serbuk kunyit, ajwain, garam dan soda bikarbonat dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan sedikit air untuk menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Masukkan hirisan bawang yang telah dipisah-pisahkan hirisannya.
Seterusnya tambahkan pula daun ketumbar cincang, gaul rata agar bancuhan melekat elok pada bawang.
Rehatkan 10-15 minit.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas, menggunakan garpu masukkan adaunan dalam kuali , goreng seperti goreng cucur.
Setelah gorengan bertukar warna kuning keperangan, Angkat dan toskan minyak.
Setelah siap dan tos minyak, ia sedia dihidangkan dengan Chatney daun pudina atau kelapa.
KATHI ROLL
BAHAN-BAHAN:
4 keping capati segera| panaskan
1 biji bawang besar | cincang halus
1 /2 biji cili banggala | potong dadu
1 biji tomato | buang biji dan potong dadu
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pes bawang putih
1 sudu teh pes halia
2 sudu makan puri tomato
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam masala
1/4 cawan yogurt
Beberapa keping keju cedar | carik-carik
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, diikuti dengan cili benggala.
Masukkan tomato, serbuk kunyit, pes halia dan bawang putih, tumis lebih kurang 2-3 minit
Seterusnya masukkan puri tomato dan yogurt, tumis 2-3 minit lagi.
Perasakan dengan memasukkan serbuk cili, garam, keju, dan garam masalah.
Apabila cukup rasa dan sekata, tutup api.
Ambil sekeping capati, kemudian letakkan 1-2 sudu tumisan tadi di atasnya dan gulung. Lakukan hingga habis.
Setelah siap, boleh potong dan sedia dihidangkan panas-panas.
CHICKEN KARAHI (PAKISTANI CHICKEN CURRY)
BAHAN-BAHAN:
500 isi ayam | potong kecil
3 biji tomato saiz sederhana | belah empat
4 biji cilim hijau | potong 2 cm
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh empingan cili
½ sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan daun ketumbar | cincang
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan isi ayam dan masak hingga ayam separuh masak.