Bila sahur, kadang kala anak-anak tidak berselera untuk makan nasi. Jadi boleh cuba masak Bihun Goreng KicapSeafood perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ringkas sahaja bahan-bahan serta cara penyediaannya. Makan pula panas-panas, memang enak. Bagi anda yang buntu dah nak masak apa, bolehlah cuba resipi ini. Mudah dan hasilnya sangat memuaskan. Bihun yang dimasak pun tidak hancur. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
2 sudu makan sos ikan – beli online disini (sukatan bahan boleh ubah ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah cili kisar jika mahu)
CARA MEMASAK 1. Rendam bihun sehingga agak lembut kemudian,toskan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak secukupnya. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Dengan mengunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan sos dan serbuk perasa. Gaul sebati.
5. Setelah itu, masukkan udang dan sotong. Masak seketika.
6. Akhir sekali masukkan bihun yang telah ditoskan tadi, lobak merah dan tauge. Gaul sehingg rata dan semua bahan masak sempurna.
7. Bihun Goreng Kicap Seafood siap untuk dihidang.
Sambal belado bilis kentang dan terung lauk simple dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Bila makan lauk macam ni tak cukup sepinggan nasi mesti bertambah.
Masakan belado begini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain seperti tempe. Goreng semua bahan dan kacau sebati dengan bahan yang dikisar, rasa dia memang paling legend.
Kalau dah jemu makan lauk bersantan dan juga berlemak, boleh jadikan menu ini idea untuk hidangan keluarga. Berebut semua nak makan.
Sambal belado bilis kentang & terung
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe
(semua bahan goreng tak perlu letak kunyit)
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
Bahan (kisar kasar)
Bawang holand ( hiris besar
Garam
Gula
Cara Memasak:
Goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe secara berasingan dan ketepikan.
Tumis bahan kisar kasar sampai garing.
Masuk garam, gula, dan bawang Holland
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap!
Terdapat banyak jenis menu tempatan di negara Malaysia. Ia sangat digemari ramai termasuk pengunjung dari luar negara. Malah ada yang menjadikan makanan tempatan kita sebagai inspirasi dalam masakan mereka. Bangga kan? Tetapi menu Barat di sini tidak kurang hebatnya. Setiap hidangan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini adalah variasi menu tempatan dan barat yang boleh anda cuba sendiri.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | bersihkan dan ditoskan air sehingga kering.
BAHAN PERAP
6 ulas bwang putih | kisar
3 biji bawang besar | kisar
6 batang serai | kisar
2 inci halia | kisar
2 inci kunyit hidup | kisar
100gm gula pasir | kisar
2 sudu makan garam
2 sudu makan madu
BAHAN KUAH PERCIK
1 litter santan kelapa
100gm bawang merah | kisar
50gm bawang putih | kisar
30gm halia | kisar
5 batang serai wangi | kisar
3 helai daun kunyit
20gm serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam. Campurkan semua bahan kisar bersama garam, gula dan madu.
Gaulkan ayam bersama bahan perapan. Kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam. Sebaik-baiknya semalaman.
Kemudian, bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga ayam masak.
Untuk menyediakan kuah percik. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
masukkan daun dan serbuk kunyit. Biarkan mereneh seketika.
Seterusnya, masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah percik mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Kuah sedia dihidangkan bersama ayam bakar tadi.
INFO CHEF: Jika ingin sedikit pedas boleh tambahkan pes cili di dalam tumisan kuah percik.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak : 1jam – 1jam, 30 minit.
Cara Memasak : Bakar, tumis dan reneh.
Keistimewaan: Rasa kuah percik yang lemak manis
Anggaran perbelanjaan: RM35
DAGING MASAK HITAM RAMBO
BAHAN-BAHAN
1kg daging batang pinang | hiris nipis
125ml kicap pekat manis
1 sudu makan parutan gula Melaka
100ml minyak masak
1sudu makan serbuk cili
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR
150gm bawang merah
50gm bawang
50gm halia
4 batang serai
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan daging, asam keping, gula Melaka. Biarkan mendidih selama lima minit
Kacau dan masukkan kicap pekat manis.
Masak hingga kuah kering dan tambah sedikit lagi kicap.
Rasa jika kurang masin atau manis tambah sedikit garam dan gula untuk melengkapkan rasa.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga boleh perapkan hirisan daging dengan kicap pekat manis.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak : 30 minit.
Cara Memasak : Tumis dan reneh.
Keistimewaan: Rasa kuah percik yang lemak manis
Anggaran perbelanjaan: RM40
PAJERI NENAS ALA CARLTON
BAHAN-BAHAN
1biji nanas | kupas dan hiris bulat anggaran 1.5cm
1 paket serbuk kari daging
100gm kerisik
500ml santan pekat
3cm halia | hiris nipis
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Rempah penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
BAHAN KISAR
4ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1sudu makan udang kering
CARA MEMASAK
Masak air sehingga mendidih dan rebus nanas seketika (4-5 minit) supaya masam dari nenas dapat dikurangkan.
Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering untuk elakkan dari cepat hangus.
Masukkan nanas, masak sehingga nenas lembut.
Masukkan pati santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Pajri sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara memasak yang sama jika anda ingin membuat pajri terun.
Saiz hidangan: 8 orang.
Waktu memasak : 30 minit.
Cara Memasak : Rebus, tumis dan reneh.
Keistimewaan: Kaya dengan rasa rempah ratus dan enak. Lebih lama diperangat lagi sedap.
Anggaran perbelanjaan: RM15.
AYAM PANGGANG BERSAMA NASI MENTEGA
BAHAN-BAHAN
BAHAN PERAPAN:
1 ekor ayam | bersihkan dan tos
30gm serbuk Cajun
15gm paprika
1 sudu teh minyak sapi
3gm daun rosemary
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT DALAM PERUT AYAM:
2biji bawang besar
10ulas bawang putih
2batang seleri | hiris
BAHAN NASI:
1 kg beras bashmati | rendam
60gm mentega
100gm minyak masak
50gm bawang putih
3 helai daun pandan
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan-bahan perapan ayam. Gaul sekali dengan ayam biar sebati.
Masukkan dalam perut ayam dengan bahan sumbat.
Kemudian bakar dalam ketuhar lebih kurang 45 minit atau hingga ayam masak.
Sementara itu sediakan nasi.
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumis hirisan bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan beras dan masukkan air secukupnya.
Tuangkan dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa (lebih kurang 15-20 minit)
Setelah nasi masak hidangkan dalam pinggan bersama hirisan ayam panggang.
INFO CHEF: Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak yang tidak sukakan pedas. Sangat sesuai untuk hidangan bersahur.
Saiz hidangan: 6-8 orang.
Waktu memasak : 1 jam minit.
Cara Memasak : Panggang, tumis dan reneh.
Keistimewaan: Enak dihidangkan panas-panas dan tidak pedas
Anggaran perbelanjaan: RM20
ONDE-ONDE PELANGI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut. Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk kelapa parut yang tidak mudah basi, kukus kelapa yang telah dicampur dengan garam 5-10 minit.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak : 30 minit.
Cara Memasak :Uli, rebus dan gaul rata.
Keistimewaan: Manis dan kenyal.
Anggaran perbelanjaan: RM10
RAMBOW FISH ROLL
BAHAN-BAHAN
500gm isi ikan putih
200gm isi ketam stik
2biji telur
100gm tepung gandum
Salad campur | sebagai hiasan
Secubit garam
Secubit lada hitam
CARA MEMASAK
Masukan isi ikan beserta telur dalam mangguk dan tambah garam dan lada hitam.
Gaulkan sehingga rata dan tambahkan tepung untuk mendapatkan adunan yang sebati
Ratakan bahan adunan di atas tikar penggulung sushi dan letakan isi ketam stik di tengah-tengah dan gulung.
Balut adunan di dalam acuan selinder dan kukus sehingga masak. Kemudian sejukkan
Potong dan dan hidangkan secara berasingan bersama sos kegemaran anda
INFO CHEF: Setelah kukus, selinder ini boleh digoreng sebelum dipotong untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4 orang.
Waktu memasak : 30 minit.
Cara Memasak : Adun dan kukus.
Keistimewaan: Enak dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
Anggaran perbelanjaan: RM25.
MERINGUE COOKIES
BAHAN-BAHAN
4 biji telur putih
200gm cawan gula
1/2 sudu teh Cream of Tatar
1/2sudu teh esen vanilla
200gm coklat yang telah dicairkan.
CARA MEMASAK
Satukan putih telur, gula aising dan Cream of Tatar.
Renehkan secara doublr boiler hingga gula hancur.
Alihkan dari api dan putar dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi soft peak dan bertanduk.
Masukkan adunan di dalam piping bag dan paipkan di atas parchment paper supaya tidak melekat.
Kemudian masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 170C. Kemudian perlahankan suhu. Ikut kesesuaian ketuhar.
Setelah masak, sejukkan.
Sebelum dihidangan, paipkan coklat di atasnya. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama hirisan buah yang anda suka.
INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan, simpan cookies di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak : 45 minit.
Cara Memasak : Adun, putar dan bakar.
Keistimewaan: Ranggup dan manis.
Anggaran perbelanjaan: RM20
Kredit resipi: Team Chef, Carlton Holiday Hotel & Suite
Memang sedap mi goreng basah seafood. Boleh dimakan pagi atau untuk minum petang. Kalau tetamu datang pun, boleh hidangkan. Nak masak senang, rasa pun sedap. RASA berikan resipinya. Cubalah. Confirm tak kecewa.
MI GORENG BASAH SEAFOOD
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.