Bihun goreng limau purut boleh jadi sajian sarapan bagi yang mahukan menu bihun goreng dengan citarasa berbeza.
Keistimewaannya dah tentu pada aromanya yang wangi. Tapi yang pasti ia juga sedap dan pedas. Bagi yang suka rasa ala tomyam, tentunya akan menggemari masakan ini.
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
10 helai daun limau purut
4-6 tangkai cili padi kering – dipotong halus
2 biji telur
1 kiub ayam
Isi ayam, udang dan fishcake
Kubis -dipotong kecil
Lobak merah -dipotong mancis
Garam dan sedikit gula
Sedikit air
Minyak untuk menumis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
1. Daun limau purut dihiris halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kering dan daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk kemudian masukkan fishcake, udang, garam, gula dan kiub ayam. Masukkan air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan bihun dan kedua jenis sayur. Tolak bihun ketepi, pecahkan telur dan kacau. Biarkan telur garing sekejap.
5. Gaul rata dan goreng hingga bihun serta sayur jadi lembut dan masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA