Bihun Goreng Singapore atau Singapura memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ringkas, mudah dimasak dan sedap. Bagi anda yang nak masak hidangan ini dalam jumlah yang banyak, pasti keliru akan sukatannya. Jangan risau, saudara Adnan Bin Mat Abu atau mesra disapa dengan panggilan Abah, ada kongsikan sukatan Bihun Goreng Singapore @ Singapura untuk sukatan 4 bungkus bihun. Jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, hanya bahagikan sahaja sukatannya. Mudah je. Cubalah. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SINGAPORE @ SINGAPURA SUKATAN 4 PLASTIK BIHUN
BAHAN-BAHAN:
4 bungkus bihun – abah guna bihun Cap Terung – beli online disini
4 ketul ayam bahagian dada – dipotong dadu
1/2 kg udang segar
1/2 kg udang kertas – dikisar halus
5 biji telur
1/2 kg kubis
2 batang lobak merah
5 ulas bawang putih – beli online disini
2 biji bawang besar – beli online disini
Fishcake & fishball secukupnya
4 sudu makan lada sulah – beli online disini
3 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Rendam bihun selama 1 jam dengan air biasa. Kemudian toskan.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali, tumis.
3. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam, fishball dan fishcake yang telah dihiris. Gaul rata.
4. Bila ayam sudah masak, masukkan udang kertas yang sudah dikisar. Biar mendidih dan masukkan telur. Biarkan seketika baru kacau.
5. Masukkan udang segar. Bila udang sudah membengkok atau bertukar warna, masukkan hirisan lobak merah dan juga kubis. Masak hingga sayur layu.
6. Tambah garam dan perasa dengan secukupnya. Kecilkan api, masukkan bihun. Gaul rata.
7. Tabur serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul rata dan tambahkan semangkuk air masak. Tutup bihun. Biarkan selama 3 minit.
8. Bila cukup masanya, buka tudung dan kacau bagi bihun hingga masak sekata.
9. Untuk rasa sedikit pedas, Abah tambah 10 biji cili padi yang ditumbuk separuh lumat. Masaklah hingga naik wap.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Adnan Bin Mat Abu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ringkas Je Tapi Sedap. Resipi Berlado Kentang Bersama Ikan Bilis
Sotong Goreng Kunyit Berempah. Tambah 2 Bahan Ni Jadi Lebih Sedap
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=9xu3HKAmAWQ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI