Kalau masak bihun Singapore cuba letak cuka, rasanya memang sedap lain macam.
Menurut Siti Fatihah cara memasak bihun ini dipelajari daripada Chef Sherson Lian dalam satu program masakan. Memang enak, tak percaya boleh cuba.
1 bungkus bihun -direndam
2 sb cuka
3 ekor sotong(saiz besar) -dipotong
15 ekor udang
3 keping fish cake -dipotong
15 biji fish ball -dibelah
2 sb udang Bari/jerangau)
1sdb lada sulah
2 biji telur
Segengam ikan bilis – direndam & ditumbuk asing
Sos ikan
Garam
Gula
2 sdb sos tiram
Bahan ditumbuk
1. Tumis bahan yang ditumbuk sampai garing. Bila sudah garing masukkan lada sulah, sos tiram, gula dan garam.
2. Kemudian masukkan ikan bilis yang direndam dan ditumbuk. Simpan air rendaman ikan bilis.
3. Masukkan air rendaman ikan bilis, lauk, sayur dan pecahkan telur. Kacau
4. Masukkan cuka seterusnya masukkan bihun yang sudah ditos. Gaul sebati.
Kredit resipi & foto: Siti Fatihah