Anda sentiasa didatangi tamu, penat bekerja belum pun hilang anda dah bergegas ke dapur menyediakan hidangan makan malam untuk anda sekeluarga dan tetamu juga. Jangan peningkan kepala, apa kata korang sediakan saja menu ala carte yang mudah tapi sedap dan tetamu anda juga menyukainya. Contoh Mi Goreng dan Nasi Goreng, nak resipi, berikut RASA kongsikan resipinya untuk anda semua cuba sebagai hidangan keluarga sebagai permulaan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Teringin nak makan Mi Daging Vietnam tapi tak berani nak makan di restoran sebab status halalnya? Usah risau sebab RASA kongsikan resipi yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang sedap, berbaloi dan pasti dapat makan dengan puas.
MI DAGING VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
500gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
500gm tulang | cuci bersih dan tos
3cm halia muda | hiris memanjang
1 biji bawang besar | potong dadu kecil
4 ulas bawang putih | titik
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan sos ikan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Daun sup secukupnya
Tauge secukupnya
Limau nipis atau lemon | ikut suka
Sambal kicap / hirisan cili
Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang. Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya. Jika dah cukup rasa, padamkan api.
Sementara itu panaskan air dalam periuk. Celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
Nikmati bersama sambal kicap atau cili potong.
INFO CHEF: Jika sukar mendapatkan bihun Vietnam, boleh sahaja menggunakan bihun biasa atau aneka mi kering yang ada dijual di pasaran.
Kenapa perlu beli mi kalau selalu tak puas hati, kenapa tak buat sendiri kerana sungguh senang nak buat mi ni. Tak banyak bahan diperlukan dan paling penting bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya. Nak resipi, RASA kongsikan di bawah siap dengan DIY cara membuatnya sekali. Korang tak menyesal mencuba.
MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
350 ml air
1 sudu teh air abu
1 sudu makan garam
1 sudu teh serbuk kunyit
pokok daun ketumbar
LANGAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan daun ketumbar dalam mangkuk.
LANGKAH 2: Gaulkan adunan menjadi doh . Kemdudian bulatkan kepada beberapa bahagian.
LANGKAH 3: Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek 2-3 kali.
LANGKAH 4: Seterusnya masukkan kepingan doh dalam mesin untuk membentuk mi.
LANGKAH 5: Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.
LANGKAH 6: Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!