Resipi Bihun Sup Ayam Paling Mudah & Sedap.

Share

Hidangan yang tidak terlalu berat dan sesuai dinikmati sebagai sajian makan malam.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bihun | direndam hingga lembut
  • 1/2kg ayam | dipotong kecil
  • 1/2 biji lobak putih | dihiris
  • Hirisan daun bawang dan daun sup secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Tauge secukupnya| dicelur
  • Sawi secukupnya| dihiris dan dicelur
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu teh jintan manis

REMPAH EMPAT SEKAWAN:

  • 5 butir bunga cengkih
  • 5 butir buah pelaga
  • 2 butir bunga lawang
  • 2 batang kayu manis

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah empat sekawan dan bahan kisar sehingga pecah minyak.

2. Seterusnya masukkan ayam, lobak putih dan air. Rebus sehingga ayam empuk.

3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Padamkan api.

4. Sediakan sebuah mangkuk, masukkan bihun, tauge dan sawi ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kuah sup bersama hirisan ayam dan lobak ke atasnya.

5. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Jika sukakan rasa pedas, boleh ditambah sambal cili dan juga kacang tumbuk. Hidangkan panas-panas.

Published by
Nur