Terasa nak maka bihun sup versi cina? Boleh cuba resipi saudari Ikin Rahman yang paling mudah & sempoi ni. Bahan yang digunakan memang ringkas dan sangat senang nak dicuba.
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)
- Bihun (celur)
- Udang
- Fish ball
- Fish cake
- Sawi jepun
- Kiub pati ayam secukupnya
- Bawang putih (cincang)
- Cili api merah & hijau
- Chili flakes
- Cuka secukupnya
- Kicap cair secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih cincanghingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
- Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan.
3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api. - Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
- Celur sawi dan juga bihun.
- Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
- Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ikin Rahman