Resipi Bihun Sup Mudah & Sedap. Ini Cara Membuatnya.

Share

Sedapnya Bihun Sup perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah. Bagi anda yang tercari-cari resipi bihun sup mudah, sedap dan mengenyangkan, resipi ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK BIHUN SUP MUDAH, RINGKAS & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 bungkus bihun
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sawi secukupnya – potong
  • Tauge secukupnya – celur
  • Bebola ikan secukupnya – celur
  • Hirisan daun sup secukupnya
  • Bawang goreng secukupnya

BAHAN KUAH SUP:

  • 4 ketul isi ayam
  • Kaki dan leher ayam secukupnya
  • 1 bunjut sup
  • Air secukupnya
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sup, masukkan isi, kaki dan leher ayam ke dalam periuk.
2. Penuhkan air dan masukkan sup bunjut. Biar kuah mendidih perlahan.
3. Perasakan dengan kiub pati ayam serta garam secukupnya.
4. Bila kuah sudah berperisa dan masak sempurna, keluarkan isi ayam dan sup bunjut.

5. Panaskan minyak dan goreng isi ayam yang dikeluarkan tadi hingga kekuningan. Carik-carikkan isinya. Ketepikan.

6. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur bebola ikan. Angkat dan ketepikan.
7. Seterusnya, celur sawi seketika. Angkat dan rendam dalam air sejuk bagi mengekalkan warna serta kerangupannya. Toskan.


8. Kemudian celur bihun dalam air yang ditambah sedikit serbuk kunyit. Bila lembut, tapis airnya dan lalukan di bawah air. Toskan.


9. Untuk menikmati Bihun Sup, masukkan bihun, kuah dan lengkapkan dengan isi ayam, fishball serta sayur. Tabur dan sup serta bawang goreng.
10. Untuk rasa lebih sedap, nikmati Bihun Sup bersama Sambal Kicap dan perahan jus limau.

 

BAHAN SAMBAL KICAP:

  • 1 genggam cili padi hijau – dipatah-patahkan
  • 4 ulas bawang putih
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit kicap cair
  • Sedikit gula
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Goreng cili padi hijau dan bawang putih seketika. Masukkan ke dalam bekas pengisar.
2. Tambahkan kicap lemak manis hingga menutupi paras cili padi dan bawang.
3. Masukkan juga sedikit kicap cair, kicap pekat, sedikit gula dan secubit garam. Kisar lumat.
4. Tuang dalam mangkuk dan nikmati bersama Bihun Sup.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

RASA kongsikan seleksi jenama SANDWIC MAKER terbaik yang boleh anda miliki. Pilih je DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi SANDWIC best, boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur