
Di hujung minggu, anda pastinya tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Jika biasanya hidangan nasi yang disajikan, apa kata hari ini anda cuba masak Bihun Sup Utara. Resipi original sebab lengkap dengan sambal merah dan bihunnya pun berwarna kuning. Nak masak pun mudah. Malah sup tulangnya juga sangat enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SUP TULANG UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket bihun
- 1 sudu makan ( atau kurang) serbuk kunyit
( Rebus bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit tadi. Bila bihun kelihatan lembut, terus bilas dengan air biasa dan toskan airnya.)
BAHAN SUP TULANG:
- 1 kg tulang – campur sedikit dengan daging pejal, urat atau lemak untuk menyedapkan lagi rasa
- 2 batang serai – diketuk
- 2-3 inci halia – diketuk
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk
- 4 biji bawang merah kecil – ditumbuk
- 1 batang kulit kayu manis
- 1/2 sudu teh bunga cengkih – ditumbuk kasar
- 1/2 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
- 3 biji bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Sedikit batang daun sup
- Air secukupnya – hingga menutup daging dalam periuk. Jika nak lebih banyak kuah, lebihkan bahan-bahan lain juga.
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK SUP TULANG:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus hingga daging empuk.
2. Kemudian masukkan garam dan perasa dengan secukupnya.
3. Jika suka, selepas sup siap dimasak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih goreng ke dalam kuah sup. Ia bertujuan menjadikan sup lebih sedap. Jika tidak suka, boleh abaikan.
4. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.
BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:
- Cili kering siap kisar @ cili boh @ cili siap kisar
- Sedikit bawang putih tumbuk
- Sedikit bawang merah tumbuk
- Asam keeping @ air asam jawa @cuka secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:
- Tumis bawang seketika kemudian masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan asam keeping, asam jawa atau cuka dengan secukupnya. Tambahkan gula garam serta gula secukup rasa.
- Jika tidak mahu menggunakan gula, boleh gantikan dengan sedikit sos cili. Kacau rata dan angkat.
BAHAN SAMPINGAN:
- Daun bawang
- Daun sup
- Lobak masin
- Bawang goreng
- Tauhu goreng
Kredit resipi & foto: Zaini Talib
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Makaroni Goreng Tak Pedas Untuk Anak. Resipi Mudah & Sedap

Makaroni Goreng memang enak. Ada pelbagai resipi yang dikongsi dan salah satu yang mudah dan kelihatan enak dalah resipi yang dikongsi oleh saudari Har Ryea ni. Sesuai dinikmati oleh anak-anak yang tidak suka makanan pedas. Nikmatinya ketika sarapan, makan tengahari atau malam. Semuanya sesuai dan sangat mengenyangkan. Selamat mencuba!
RESIPI MAKARONI GORENG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 peket makaroni – rebus & tos – beli online disini
1 sudu makan cili kering kisar – beli online disini
Bawang merah – hiris – beli online disini
Bawang putih – hiris – beli online disini
Udang
Fishball
Fishcake
2 biji telur
Sayur campur
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
Garam & ajinomoto
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga sdikit garing dan wangi.
2. Masukkan cili kering kisar dan sos tiram, Kacau rata seketika.
3. Masukkan garam dan ajinomoto dengan secukupnya. Ratakan.
4. Masukkan udang, fishcake dan fishball. Kacau lagi hingga sebati.
5. Perlahankan sikit api, masukkan telur. Bila telur sudah masak, hancurkan dan gaul rata bersama bahan-bahan lain.
6. Masukkan makaroni bersama sayur campur. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
INFO: Makaroni Goreng berasa lebih sedap jika guna sosej dan juga daging kisar sebagai rencah. Tabur sedikit daun sup, pasti lebih enak.Namun anda boleh sesuaikannya menggunakan bahan-bahan yang ada di dalam peti sejuk masing-masing. Terpulang pada selera sendiri.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Ni Memang Kena Cuba!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
13 Resipi Sedap & Mudah, Pancing Selera Anak Musim Cuti Sekolah.

Kanak-kanak biasanya lebih gemar hidangan yang ringkas. Jika nasi dan lauk pauk, ada kalanya mereka susah untuk makan. Tapi tak mengapa, resipi-resipi di bawah ini anda boleh cuba dan pastinya boleh memikat selera si comel. Selamat mencuba!
1. PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
- Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
- Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
- Canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
- Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
- Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
- Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
- Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
- Hidangkan bersama sos dan mayones.
INFO CHEF: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
2. PIZA ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 6 keping roti sandwic | dipotong segi tiga
- 50gm pepperoni ayam
- 50gm lada benggala merah | dihiris
- 5 sudu makan pes tomato | digaul bersama sedikit herba oregano dan basil
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- Sedikit hirisan bawang besar
- 1/2 biji tomato | dihiris nipis
- 50gm keju mozzarella
- Sedikit keju cheddar
- Salad rocket | hiasan
CARA MEMASAK:
- Sapu pes tomato roti dipermukaan roti dan susun pepperoni, hirisan bawang, lada benggala, cendawan butang dan tomato dengan secukupnya.
- Taburkan keju mozarella dan keju parmesan dengan secukupnya.
- Bakar selama lebih kurang 10 minit sehingga keju cair.
- Hiaskan dengan salad rocket.
3. ROTI TELUR BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping roti sandwic
- 1/2 biji bawang besar | dicincang halus
- 4 keping salami ayam | dipotong kiub
- 4 biji telur
- Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gelek roti sehingga nipis dan isikan ke dalam acukan loyang mufin.
- Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam.
- Kemudian pecahkan telur ke dalam roti dan bakar pada suhu 160C selama 15 minit.
- Angkat dan nikmati segera.
4. POPIA INTI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar| dicincang halus
- 2ulas bawang putih| dicincang halus
- 200gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 100 gm kacang panjang | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 bungkus kulit popia
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan daging kisar. Gaul rata.
- Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
- Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.
5. SANDWICH AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 100gm isi dada ayam
- 5 sudu makan tepung ayam goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4keping roti biasa atau whole meal
- Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
- Mayonis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
- Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
- Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
- Sementara tunggu ayam sejuk sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
- Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
- Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.
6. ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK
BAHAN-BAHAN:
- 12 biji sosej koktel
- 6 keping roti putih
- 200gm serbuk roti
- 1 biji telur ayam
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
- Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
- Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.
7. POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
8. SWEDISH MEARBALL PASTA WITH CHEESE SAUCE
BAHAN-BAHAN:
- 150gm pasta bentuk reben | rebus dan tos
Bahan untuk bebola daging:
- 300gm daging cincang
- 1 cawan serbuk roti
- 1 pokok daun bawang | cincang halus
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Keju:
- 150gm krim keju
- 100 susu segar
- 1 keping keju cheddar
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bebola daging, campurkan semua bahan kecuali serbuk roti.
- Bentukkan bulat-bulat, kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hingga bebola berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Untuk sediakan sos keju: Campurkan krim keju bersama susu, panaskan di atas api sederhana.
- Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau sehingga keju cair. Masukkan sedikit tepung untuk pekatkan sos. Angkat dan ketepikan.
- Sediakan pasta di dalam pinggan, kemudian hiaskan dengan bebola daging di atasnya.
- Akhir sekali tuangkan sos keju di atas hidangan ini.
- Enak dihidangkan panas-panas.
9. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam | potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah | cincang halus
- 1 1/2 cawan kentang lecek
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Kacau rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
10. TAGLIATELLE CARBONARA BERKARI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
- 1 ulas bawang merah | hiris halus
- 1 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu kecil rempah kari daging
- 5 biji cendawan pilihan | dihiris
- 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 cawan stok ayam
- Garam secukup rasa
- 125ml krim masakan
- Sedikit lada benggalam merah/kuning/hijau | dipotong dadu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
- Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
11. MUFIN BAYAM BERLEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 25gm mentega
- 200ml susu
- 100gm bayam
- 1 2/3 cawan tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1/3 cawan keju parmesan | diparut
- 1 biji telur
- 120gm keju krim
- 8 biji tomato ceri
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan susu di dalam periuk. Masukkan bayam dan layurkan.
- Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus. Biarkan sejuk.
- Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.
- Masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan.
Info chef: Bagi memudahkan proses mengadun, krim keju hendaklah dipecah-pecahkan menggunakan tangan kepada ketulan kecil.
12. QUICHE BAYAM BERKRIM
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 300gm tepung gandum
- 120gm shortening
- 120gm mentega
- 1 biji telur
- 2 sudu makan air sejuk (berais)
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN INTI:
- 150gm bayam | bersihkan dan celur
- 1 cawan krim masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- Garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya | pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, buat inti quiche. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan bayam celur yang dicincang sedikit, krim masakan dan kacau rata. Tambah oregano, basil, lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa. Tutup api. Ketepikan.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan tart/pai.
- Tuang inti ke dalam acuan doh dan kemaskan keliling acuan.
- Tabur parutan keju secukupnya jika suka.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C hingga keperang-perangan.
- Angkat dan sedia dinikmati.
13. SALAD PASTA PELANGI
BAHAN A:
- 250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
- 1/2 tin jagung dalam tin
- 200g dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 biji lada benggala kuning| dihiris
- 1 biji cili hijau| dihiris
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 3 helai daun salad | dihiris halus
- 1/4 cawan daun ketumbar
- 1 biji bawang merah | dihiris
BAHAN B:
- 5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
- 1 sudu makan madu
- Garam dan lada sulah secukupnya
- 2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Banyak Stok Bihun Di Rumah? Boleh Cuba 6 Aneka Resipi Bihun Ini!

Selain bihun goreng biasa, korang yang ada banyak stok bihun kat dapur tu boleh lah cuba aneka resipi berasaskan bihun ni..Ada beberapa resipi bihun yang susah nak dapat di luar seperti mee siam berkuah dan juga bihun Singapura, jadi lebih baik jika kita buat sendiri di rumah mengikut citarasa sendiri kan? Selamat mencuba!
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN
- Sebungkus bihun
- *5 biji bawang merah (cincang)
- *5 ulas bawang putih (cincang)
- *3 batang serai (dititik)
- *Udang geragau segenggam-cuci bersih
- *Udang segar
- *2 sudu pes thai tom yam
- *Lobak merah-dihiris
- Sayur sawi
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
- Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
- Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut
INFO
- Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
- Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Zuraida Zu
BIHUN SINGAPURA
BAHAN-BAHAN
- 1 paket bihun (rendam dan toskan)
- 200 gm bunga kobis
- 1 batang lobak merah – potong halus-halus
- 1/4 biji kobis
- 2 biji cili (merah dan hijau)
- 1 labu bawang besar – dadu
- 5 ulas bawang putih – racik halus
- 15 ekor udang basah
- 2 ekor sotong sederhana besar – potong bulat
- 2 keping isi ayam – potong kecil
- 1 paket bebola ikan (fishball) – belah 2
- 1 paket kek ikan (fishcake) – potong nipis
- 3/4 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit air untuk melembutkan mihun
- Garam
BAHAN SOS CILI KICAP (DIKISAR BERSAMA)
- 15 tangkai cili padi
- 1/4 cawan kicap pekat
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu teh cuka
- Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan ayam, kacau sebentar.
- Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. Kacau lagi.
- Masukkan lobak merah dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
- Tambah air sedikit dan masukkan bihun.
- Kacau rata hingga bihun lembut (tambah air jika perlu).
- Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi.
- Taburkan bawang goreng.
Kredit resipi & foto: Ummi
MEE SIAM BERKUAH
BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus bihun (rendam sebentar dengan air hangat/panas hingga lembut, toskan)
- 300 – 400 gm taugeh (bersihkan)
BAHAN-BAHAN (RENCAH MEE)
- 1 ¾ cawan lada kering kisar
- 4 biji bawang besar *
- 8-10 ulas bawang putih *
- 300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
- 80 gm udang kering * (rendam)
- Sedikit belacan *
- (Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
- Minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan dan udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya.
- Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dalam kuali tadi lalu digaul rata sebentar. Kemudian, masukkan pula udang yang telah digoreng sebentar tadi dan bihun lalu dikacau hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.
BAHAN-BAHAN (KUAH)
- ½ bahagian rencah mee siam
- 8 cawan air
- ¾ – 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yang lain dibiarkan kasar-kasar)
- 180 gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
- Air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
- 1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
- 100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar)
CARA PENYEDIAAN KUAH
- Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam.
- Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam.
- Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya.
- ambahlah apa lagi yang perlu. (Kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sedikit je). Kemudian matikan api.
BAHAN TABURAN/SAMPINGAN
- 10 biji telur rebus
- 2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)
- Daun kucai (dihiris)
- Limau kasturi (dibelah dua)
- Sambal tumis
SAMBAL TUMIS RINGKAS
- 1 cawan cili kering kisar }
- 1½ – 2 biji bawang besar }
- sedikit belacan } ….. semua bahan dikisar
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh air asam (sedikit je)
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (optional)
- Minyak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
- Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan) sehingga garing.
- Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.
CARA MENGHIDANGKAN MEE SIAM BERKUAH
- Bubuh secukup mee siam yang digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan.
- Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi.
- Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap!
Kredit resipi & foto: Rozzan
BIHUN SUP SIAM
BAHAN A (UNTUK TUMISAN)
- 3 biji bawang merah – dihiris
- 2 inci kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu minyak bawang putih untuk menumis
BAHAN B (DIKISAR BERSAMA)
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu teh lada hitam
BAHAN C
- 1/2 kilo tulang ayam
- 1 keping dada ayam – kalau suka
- 2 batang akar ketumbar
- 1 liter air – boleh tambah ikut kesesuaian
BAHAN D
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap cair
- Gula dan garam secukup rasa
BAHAN E (kalau suka)
- 1 keping dada ayam – dihiris halus
- 1 sudu teh kicap cair
- 1/2 sudu teh lada sulah
BAHAN SAMPINGAN
- Bihun secukupnya – dicelur hingga lembut
- Isi ayam yang dicarikkan halus
- Cili flakes
- Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
- Lobak asin – dicincang halus
- Kangkung – dicelur
- Taugeh – dicelur
- Daun ketumbar
- Limau kasturi
- Bawang putih – dicincang dan digoreng
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali, buat dulu bawang putih goreng.
- Goreng bawang putih yang dicincang hingga keperangan, angkat dan toskan.
- Keluarkan anggaran 2 sudu minyak dan masukkan ke dalam periuk berasingan.
- Dengan sedikit lebihan minyak bawang putih didalam kuali tadi, gorengkan Bahan E hingga isi ayam masak dan kering airnya. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kembali minyak bawang putih didalam periuk dan tumiskan Bahan A.
- Goreng hingga bawang agak garing dan wangi, masukkan Bahan B kacau hingga rempah agak garing dan berbau wangi.
- Masukkan Bahan C dan perasakan dengan Bahan D.
- Masak hingga kuah mendidih dan biarkan merenih anggaran 30 minit.
- Keluarkan dada ayam dan carikkan halus ataupun siat menggunakan garpu.
- Ambil bihun yang sudah dicelur, hidangkan bersama bahan sampingan yang lainnya dan curahkan sup panas ke atas bihun tadi.
- Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa masam pada sup.
Lobak asin, cili flakes, bawang goreng dan cili potong bersos ikan
INFO:
- Boleh guna daging dan tulang menggantikan ayam
- Boleh juga dihidangkan bersama sambal kicap
- Resepi asal menggunakan gula siam atau gula untuk buat somtam tu
Kredit resipi & foto: Aniza Saidin (Aniza little kitchen)
BIHUN GORENG HAILAM
BAHAN A ( Untuk 2 orang makan)
- 1/4 bungkus bihun (direndam 1/2 jam)
- Segenggam taugeh (jika suka)
BAHAN B
- Sedikit minyak untuk menggoreng
- 3/4 mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)
BAHAN C
- 1 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
- 4 ulas bawang putih (dikisar kering)
- 3 biji cili kering (dikisar kering)
BAHAN D
- 1 camca besar sos tiram
- 2 camca besar Kicap Manis ABC
- 2 camca besar kicap masin
- 1/2 camca teh lada hitam
- Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah
BAHAN E
- 4 ekor udang besar (dibuang kepala dan kulit nya)
- Sedikit sayur (kucai atau lobak merah atau sawi)
- Sedikit minyak bijan
CARA PENYEDIAAN
- Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma di basuh bersih sahaja.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng, aroma udang akan keluar semerbanya.
- Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam blender dengan sedikit air dan kisar sehingga halus.
* Kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi. - Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.
- Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan.
- Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
- Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit
- Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Faudziyah Haji Ariffin FHA Selemak Santan