Di hujung minggu, anda pastinya tercari-cari menu istimewa yang nak dihidangkan buat suami dan anak-anak. Jika biasanya hidangan nasiyang disajikan, apa kata hari ini anda cuba masak Bihun Sup Utara. Resipi original sebab lengkap dengan sambal merah dan bihunnya pun berwarna kuning. Nak masak pun mudah. Malah sup tulangnya juga sangat enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SUP TULANG UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun
1 sudu makan ( atau kurang) serbuk kunyit
( Rebus bihun dalam air mendidih. Tambahkan serbuk kunyit tadi. Bila bihun kelihatan lembut, terus bilas dengan air biasa dan toskan airnya.)
Ads
BAHAN SUP TULANG:
1 kg tulang – campur sedikit dengan daging pejal, urat atau lemak untuk menyedapkan lagi rasa
2 batang serai – diketuk
2-3 inci halia – diketuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
4 biji bawang merah kecil – ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh bunga cengkih – ditumbuk kasar
1/2 sudu teh lada hitam – ditumbuk kasar
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya – hingga menutup daging dalam periuk. Jika nak lebih banyak kuah, lebihkan bahan-bahan lain juga.
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK SUP TULANG:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus hingga daging empuk.
2. Kemudian masukkan garam dan perasa dengan secukupnya.
Ads
3. Jika suka, selepas sup siap dimasak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih goreng ke dalam kuah sup. Ia bertujuan menjadikan sup lebih sedap. Jika tidak suka, boleh abaikan.
4. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan sampingan. Tuang sup dan letakkan sambal merah. Nikmati panas-panas.
Ads
BAHAN CABAI / SAMBAL MERAH:
Cili kering siap kisar @ cili boh @ cili siap kisar
Sedikit bawang putih tumbuk
Sedikit bawang merah tumbuk
Asam keeping @ air asam jawa @cuka secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK SAMBAL MERAH:
Tumis bawang seketika kemudian masukkan cili. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan asam keeping, asam jawa atau cuka dengan secukupnya. Tambahkan gula garam serta gula secukup rasa.
Jika tidak mahu menggunakan gula, boleh gantikan dengan sedikit sos cili. Kacau rata dan angkat.
Ginger Beef Kuetiau salah satu hidangan popular di restoren Cina Muslim. Jika selalu menikmatinya di luar apa kata belajar masak sendiri menu ini di rumah. Boleh cuba ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Nasriah Ramli.
Ginger beef kuetiau homemade
Bahan-bahan
Kuetiau
Daging
4 ulas bawang putih -mayang halus
Halia muda – dipotong nipis
2 biji telur
Daun bawang – dipotong
3 sudu makan tepung jagung -dibancuh dengan air
1 kiub bilis
3 sudu makan sos tiram
Cara memasak
1. Kuetiau digaul dengan minyak bijan dan kicap lemak manis. Kemudian goreng sekejap guna api besar. Tutup api. Ketepikan.
2. Daging direbus hingga empuk. Air rebusan disimpan dan daging ditos serta dihiris nipis.
3. Goreng daging dalam 10 minit, letak sedikit garam. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Bila dah naik bau masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram dan tambah 1 cawan air.
5. Biar mendidih kemudian masukkan daging yang digoreng tadi. Tambahkan garam secukup rasa serta sikit gula.
6. Pecahkan telur dalam, kacau dan tuang dalam kuah sikit demi sedikit sambil dikacau-kacau.
7. Masukkan larutan tepung jagung dan kacau. Bila dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang.
8. Letak kuetiau dalam pinggan dan siram kuah tadi di atasnya. Dah siap ginger beef kuetiau.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Untuk rasa lebih enak, isi ayam boleh digantikan dengan daging. Rasa supnya akan menjadi lebih manis.
BAHAN -BAHAN:
1 bungkus bihun| dicelur
Sedikit sawi | dicelur
Sedikit kubis | dihiris halus
Sedikit tauge
Sedikit daun sup | dihiris
Limau nipis
Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
Bawang goreng secukupnya
Sambal kicap secukupnya
Emping cili | jika suka
BAHAN SUP:
1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
1 1/2 biji bawang besar | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
1 batang serai | dititik
1 bungkus sup bunjut
1/2 cawan sos ikan
1/2 cawan kicap manis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sup, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan mendidih. Padamkan api.
Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!