Resipi Bihun Sup Utara Paling Mudah & Sesuai Untuk Makan-Makan Hujung Minggu.

Share

Bihun Sup Utara ni memang padu. Nak buat pun senang. Jadi jika ada kawan-kawan dan saudara mara datang bertandang ke rumah hujung minggu ni, bolehlah cuba menu ni. Sangat sedap dan mudah nak masak.

 

BIHUN SUP UTARA

 

BAHAN UNTUK SUP:

  • 1/2 kg daging ( campur tulang lg sedap )
  • 1/2 kiub pati daging
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa
  • Sup bunjut tulang
  • Sedikit lada hitam

BAHAN TUMIS :

  • 1 inci halia – dikisar
  • 2 biji bawang merah – dikisar
  • 3 biji bawang putih – dikisar
  • 1/2 sudu makan rempah sup adabi

 

BAHAN SAMPINGAN:

  • Bihun – celur kejap dengan sedikit serbuk kunyit
  • Daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Tauhu – digoreng & dipotong
  • Lobak asin

CARA MEMASAK SUP:

  1. Rebus daging sebentar untuk buang air darah. Ia bertujuan untuk hilangkan hanyir daging. Tapi jika nak masak terus pun boleh. Ikut citarasa.
  2. Dalam periuk lain,tumis bahan kisar kemudian masukkan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan sup bunjut. Gaul sebentar.
  3. Masukkan daging yang dah direbus tadi diikuti 3 cawan air. Masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, garam,perasa dan kiub pati daging.
  5. Bila daging dah masak, keluarkan dan hiris nipis. Siap!

 

BAHAN SAMBAL MERAH:

  • Sedikit cili kering – dicelur & dikisar
  • 2 biji bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit gula dan cuka makan secukupnya

CARA-CARA:

1. Kisar bahan-bahan sambal merah kemudian tumis hingga agar garing.

2. Masukkan garam, serbuk perasa dan cuka makan dan secukupnya. Masak hingga sambal agak pekat, barulah masukkan sedikit gula. Padamkan api.

3. Hidangkan bihun bersama sup, bahan-bahan sampingan dan sambal merah.

4. Boleh juga tambahkan sambal kicap ( optional) ikut citarasa.

Kredit resipi & foto: Nasariah Aziz

Published by
Nur