Bihun Sup Utara perkongsian saudari Nasariah Aziz ni memang padu. Nak buat pun senang. Jadi jika ada kawan-kawan dan saudara mara datang bertandang ke rumah hujung minggu ni, bolehlah cuba menu ni. Sangat sedap dan mudah nak masak. Tidak perlu masak lauk pauk yang susah dan berat-berat. Bihun Sup Utara begini lebih ramai yang gemar malah kanak-kanak juga sukakannya. Jom cuba!
CARA MASAK BIHUN SUP UTARA SEDAP & MUDAH
BAHAN UNTUK SUP:
- 1/2 kg daging ( campur tulang lg sedap )
- 1/2 kiub pati daging – beli online disini
- 1 batang kulit kayu manis – beli online disini
- 1 kuntum bunga lawang – beli online disini
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk perasa
- Sup bunjut tulang – beli online disini
- Sedikit lada hitam
BAHAN TUMIS :
- 1 inci halia – dikisar
- 2 biji bawang merah – dikisar
- 3 biji bawang putih – dikisar
- 1/2 sudu makan rempah sup adabi – beli online disini
BAHAN SAMPINGAN:
- Bihun – celur kejap dengan sedikit serbuk kunyit
- Daun bawang/daun sup
- Bawang goreng
- Tauhu – digoreng & dipotong
- Lobak asin
CARA MEMASAK SUP:
- Rebus daging sebentar untuk buang air darah. Ia bertujuan untuk hilangkan hanyir daging. Tapi jika nak masak terus pun boleh. Ikut citarasa.
- Dalam periuk lain,tumis bahan kisar kemudian masukkan bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan sup bunjut. Gaul sebentar.
- Masukkan daging yang dah direbus tadi diikuti 3 cawan air. Masak sehingga daging empuk.
- Masukkan serbuk lada hitam, garam,perasa dan kiub pati daging.
- Bila daging dah masak, keluarkan dan hiris nipis. Siap!
BAHAN SAMBAL MERAH:
- Sedikit cili kering – dicelur & dikisar
- 2 biji bawang merah – dikisar
- 2 ulas bawang putih – dikisar
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit gula dan cuka makan secukupnya
CARA-CARA:
1. Kisar bahan-bahan sambal merah kemudian tumis hingga agar garing.
2. Masukkan garam, serbuk perasa dan cuka makan dan secukupnya. Masak hingga sambal agak pekat, barulah masukkan sedikit gula. Padamkan api.
3. Hidangkan bihun bersama sup, bahan-bahan sampingan dan sambal merah.
4. Boleh juga tambahkan sambal kicap ( optional) ikut citarasa.
Kredit resipi & foto: Nasariah Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mee Kuah Daging Sedap. Sesuai Dijadikan Menu Rumah Terbuka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI